bila kita sayang dekat seseorang,
kenapa dia sanggup buat macam-macam dekat
kita?
kenapa dia tak hargai kasih-sayang kita pada
dia?
kenapa dia perlu lukakan hati orang yang
menyayangi dirinya?
kenapa dia tak bersyukur atas kasih-sayang
yang diterima?
kenapa dia buat orang yang menyayanginya rasa
susah hati?
kenapa dia curang ??
Itulah mainan perasaan yang sering diluahkan dan
menjadi persoalan kepada diri kita.
Ehemm.. Cinta itu tak semestinya memiliki.Ayat yang
dah macam penawar bagi insan insan yang kecundang di arena percintaan. Ayat
yang mampu menampal balik kepingan-kepingan hati yang berkecai. .. Betul
tak?
Memang pahit untuk terima semua ini tapi kena terima
juga dengan hati yang redha. Sebab dalam hidup ini kita tak banyak pilihan
apatah lagi soal perasaan.Memang susah nak lupakan semua ini dan perlukan waktu
untuk itu semua.
Kalau kita betul sayangkan seseorang , kita akan
sentiasa doakan dia bahagia walaupun bukan bersama kita. Kebahgiaan dia adalah
kebahgian kita juga.Biar kita kehilangan SESUATU kerana Allah, Jangan kita
KEHILANGAN Allah kerana sesuatu.
Kita memang tak dapat memiliki insan tersebut, tapi
kita dapat memiliki kenangan . Kenangan kenangan yang pernah buatkan kita rasa
bahagia, buatkan kita bersemangat, buatkan kita menanti dan bermacam macam
kenangan lagi. Kenangan yang ALLAH hadirkan sebagai asbab untuk kita menjadi
insan yang lebih baik. Untuk kita muhasabah diri dan dekat padaNya.
Walaupun percintaan kita kecundang di tengah jalan,
kita masih memiliki sesuatu.
Apakah dia ?
Kekuatan untuk terus yakini hidup bahawa setiap ada
yang terjadi itu ada hikmah dari Allah. Dari perasaan yang kita rasa, kita
belajar untuk mengubati sakit tersebut dengan redha. Allah nak didik hati kita,
adakah rasa cinta itu sama rasa cinta kepada pencipta kita ? Apa pon kita kena
musahabah diri kita juga, kadang kala perpisahan itu bukan hanya ada dari pihak
ke tiga.. atau kepada dia tapi kadang kala ada juga kesalahan dari diri kita.
Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi
ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar
adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertantu. Kerana jahilnya kita,
apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui
orang lain, kita mula melatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja
hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan
ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka pada Allah yang
mendatangkan ujian itu.
Allah Maha Pengasih; jauh sekali Allah takdirkan
ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya. Marilah kita sama-sama
cungkil hikmah di sebalik ujian yang ditimpakan. Ujian
sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji. Sabar,
redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang
lemah, mendekatkan diri dengan Allah, harapkan pertolongan Allah, merasai
dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya.
Berasa diri berdosa adalah juga sifat terpuji. Sebab itu
bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau lalai daripada mengingati
Allah, maka Allah datangkan ujian kesusahan kepadanya. Supaya hamba-Nya
tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda.
Bagi orang yang Allah kasih, di dunia
lagi Allah hukum, tidak di akhirat. Yakni dengan didatangkan kesusahan,
penderitaan, kesakitan, kemiskinan, kehilangan orang tersayang, kecewa
cinta dan sebagainya. Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka
itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh
bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak,
hanya akan menambahkan lagi dosa kita. Begitulah Allah Yang Maha
Pengasih kepada hamba-hambanya, tidak mahu hukum kita di
akhirat, kerana penderitaan di Neraka berpuluh-puluh kali ganda lebih
dahsyat daripada penderitaan di dunia.
kita ditimpakan kesempitan hidup, kecewa dengan
cinta, putus tunang dan macam-macam lagi. Sengaja Allah takdirkan demikian
kerana Allah sayang pada kita. Allah hendak melatih kita menjadi orang
yang bersabar dan redha dengan takdir-Nya.
1 Ulasan
Segala yg berlaku pasti ada hikmahnya :)
Aerill Hassan