Lelaki tak suka sesuatu pekara yang complex, kalau boleh satu item boleh di gunakan untuk semua kegunaan. Sabun badan boleh guna untuk muka juga. Senang dan tak leceh.
Bertepatan dengan kehendak dan keperluan lelaki DASHING kini melancarkan produk terbaru iaitu, buih mandian DASHING 2
in 1 Untuk Muka & Badan. Pembersih wajah dan badan ini tersedia
(hadir) dalam pek pam bersaiz 700-gram.
Dirumus khas untuk wajah dan badan lelaki (si jejaka) agar kekal hidrat dan juga mencerahkan kulit. DASHING 2 in 1 Muka & Badan terdapat dalam 4 variasi; Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick. Diformulasi dengan pewangi DASHING eau de toilette (EDT), ia memberikan kesegaran serta haruman maskulin kekal lama untuk lelaki.
Dirumus khas untuk wajah dan badan lelaki (si jejaka) agar kekal hidrat dan juga mencerahkan kulit. DASHING 2 in 1 Muka & Badan terdapat dalam 4 variasi; Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick. Diformulasi dengan pewangi DASHING eau de toilette (EDT), ia memberikan kesegaran serta haruman maskulin kekal lama untuk lelaki.
Sabunnya banyak buih dan sangat selesa kalau di kenakan di kulit muka lelaki. Baunya menyenangkan dan boleh tahan dan mengekalkan badan kita dari berbau.
DASHING 2 in 1 Muka & Badan – COOL
Khas untuk jejaka kontemporari yang berpersonaliti relak, gemar
meluangkan masa dengan rakan-rakan serta menghadapi kehidupan dengan
tenang. Haruman penuh maskulin ini melambangkan identiti dan daya
tarikan maskulin lelaki. Haruman maskulin ini dilengkapi dengan gabungan
wangian Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdery Amber dan Musk
sebagai nota asas. Haruman ini direka untuk menyerlahkan personaliti
lelaki yang cool dan maskulin.
DASHING 2 in 1 Muka & Badan – ULTIMATE KICK
Wangian sebenar seorang juara. Ultimate Kick menyerlahkan ciri-ciri
lelaki sofistikated dalam setiap aspek kehidupan modennya. Ultimate Kick
mempunyai haruman yang menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan
dengan kesegaran Cardamom serta disulami nota asas aroma Vanilla dan Musk.
DASHING 2 in 1 Muka & Badan – HATTRICK
Simbol kemenangan unggul buat setiap lelaki DASHING, aroma misteri
Hattrick membara semangat dan keghairahan untuk mencapai impian.
Hattrick merupakan gabungan unik kesegaran Epal dan Citrus, berserta
dengan haruman Amber.
DASHING 2 in 1 Muka & Badan – ACTIVE
Pelengkap si jejaka yang bergaya lasak dan menikmati kehidupan
aktif. Haruman ini adalah gabungan nuansa Fougére dengan Citrus,
Lavender, Muguet Heart dan Amber. Wangian ini dicipta untuk memastikan
setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskulin yang
luar biasa.
Variasi Cool dan Hattrick buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan
mempunyai formula dwi-aksi dengan tiga kali ganda agen pemutihan yang
lembut dan berkesan untuk membersihkan wajah serta memberikan anda tona
kulit rata untuk tampil lebih cerah. Pada tubuh pula, formulasi
penghidratan yang mengandungi mineral mikro yang membantu
mempertingkatkan kadar lembapan kulit serta menguatkan sistem pertahanan
kulit, agar lebih sihat dan segar.
Variasi Active dan Ultimate Kick, kotoran dan minyak
berlebihan pada wajah dapat dibersihkan agar kelihatan bersih dan tidak
berkilat. Dengan ciri-ciri detox dan pembersihan yang mendalam, ia
membantu kulit untuk mengatasi sebarang habuk dan kotoran harian, serta
memberikan anda pengalaman mandian yang hebat dan menyegarkan.
Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan boleh didapati pada harga RM17.90 untuk pek bersaiz 700 ml dan boleh didapati di mana-mana pasaraya berhampiran.
3 Ulasan