Cepatnya hati manusia boleh berubah, kadangkala sekelip mata.
Hatinya cepat berbolak balik,
Berubah tanpa sebab yang munasabah.
Manusia boleh berubah sekelip mata.
Manusia boleh tersilap sangka.
Manusia boleh bermulut manis tapi berhati prasangka.
Manusia boleh bersikap talam dua muka.
Semua boleh dalam sekelip mata. Jangan hancurkan kepercayaan yang dibina. Jangan jauhkan jarak yang ada.Jangan biarkan hati yang gembira menjadi lara.
Manusia boleh berubah sekelip mata, apa yang diperkatakan tentang keburukan orang lain. Itulah jugalah yang dibuat .Kita harus belajar dari kesilapan mereka , muhasabah diri,bukan hanya pandai mengutuk dan kemudian hari kita juga yang lakukan pekara yang sama.
Allah ada,
Al Quran dan hadis sebagai petunjuk.
Andai hati itu penuh dengan pertanyaan. Luangkan masa untuk cerita padaNya, hiburkan hati dengan zikir.
Jangan biarkan terumbang ambing dengan perasaan.Hanya sokongan Allah yang sempurna.
Dia yang paling kuat untuk diharap, Dialah Allah SWT
Dia paling berkuasa.
Paling kuat.
Paling membela.
Kalau tak mampu buat dibahagia, jangan sakitinya.
Kalau tak bersedia untuk sesuatu jangan memberi harapan.
Kerana hati itu luar biasa.
Sekali dia di sakiti untuk pulih mengambil masa yang lama.
Berubah itu biarkan istiqomah ke jalan kebaikan. Semoga Allah sinarkan hari-hari mu dengan kebaikan.
0 Ulasan