Ticker

6/recent/ticker-posts

Sebarkan "Positif Vibes" kepada orang di sekelilingmu


Aku belajar tentang "human behavior" dan cara pendekatan terhadap mereka. Manusia sifatnya cepat berubah mengikut keadaan dan perasaan dia.

Ada ketika aku dapat rasakan aura sedih, kekecewaan dan "down" jadi kita pun turut rasa perasaan yang sama. 

Bila bersama dengan orang yang ceria dan bahagia. Kita pun akan turut dapatkan auranya.

Sebab itu kita kena selalu wujud vibe positif dan ceria.Ianya mempengaruhi persekitaran kita.


Tiga hal yang apabila kita berikan, takkan pernah berkurang, justeru semakin berlipat ganda:
1. Senyum. 2. Pengetahuan.
3. Vibe positif.


Jadi untuk hasilkan vibe positif bermula dari diri kita.

1. Kita tak dapat puaskan hati semua.

Walaupun beribu duit kita berikan, untuk puaskan hati orang sekeliling kita. Tetap tak dapat puas hatikan, ada sahaja tak kena. Tak semua suka kita, jadi kita buatlah semampunya dan senyumlah.

2. Masa tak dapat diundurkan kembali.

Kalaulah, kalaulah. Itulah biasa kita katakan, untuk sedapkan hati. Berharap kita mahu pulihkan masa yang telah berlalu untuk betulkan jadi lebih baik. Tapi hakikatnya kita sendiri tak tahu ianya akan jadi lebih baik atau sebaliknya. Jadi laluinya dengan sentiasa bersangka baik dengan Allah.

3.Pendapat kita tak semestinya sama dengan orang.

Kalau duduk-duduk mesti ada bangkitkan isu. Buat diskusi dalam group masing-masing beri pendapat. Ada ketika pendapat kita di terima, ada ketika di tolak. Bila di tolak, maka berlapang dadalah terima. Jangan biarkan dendam dan jadikan isu. Biasalahkan. Cepat pujuk hati.

4. Setkan minda kita untuk lakukan kebaikan.

Apa yang selalu diajarkan, sebelum keluar rumah setkan. "AKU PERGI KERJA MENCARI REZEKI YANG HALAL KERANA ALLAH". Berdoa , mulakan sesuatu dengan basmallah dan sebagainya. Agar apa jua yang kita lakukan mendapat keberkatannya. 

5. Selalu bersangka baik.

Otak dan hati kena seiring, selalu bersangka baik apa jua keadaan. Jangan cepat berprasangka kerana hati akan mudah bertitik hitamnya. 

6. Rajinkan diri untuk berdoa.

Kalau ada masalah berdoalah, kalau bahagia berdoalah berceritalah pada Allah. Syukur atas nikmat dari Allah. Doa adalah pengikat kasih antara diri kita, Allah dan orang sekeliling kita. Jadi dalam doa jangan kedekut. Rajinkan sebut nama-nama orang yang di sekeliling kita semoga sentiasa di bawah keredhaanNya.

7.Rajinkan memberi senyuman kepada orang yang kamu temui.Rasulullah صلى الله عليه Ùˆ سلم bersabda : “Janganlah kamu meremehkan kebaikan sekecil apapun, sekalipun engkau bertemu saudaramu dengan wajah yang berseri” (HR. Shohih Muslim: 6637.)



Catat Ulasan

1 Ulasan

intanfarhana berkata…
thanks for sharing.

www.ummicenter.com