Ticker

6/recent/ticker-posts

Selagi tiada akad yang sah, dia bukanlah jodoh kita.



Mata ini menyaksikan segala,
Bahagia,
Derita,
UjianNya tiada noktahnya.
Lagi-lagi soal hati yang sering di bicarakan oleh kita.

Perasaan itu hadir tanpa kita duga, kadangkala kita tak jangka pun. Dia buat hari-hari kita indah. Penuh dengan nasihat dan menjadi pendengar yang baik untuk dia.

Cukup lama kita berkenalan dengan dia, senyuman dia tetap sama manisnya.Dia menjadi penguat jiwa untuk terus mengembara.

Lalu ditiupkan ujian umpama sebutir debu. Walau kita sudah kenal lamapun dia tetap ada sahaja yang menjarakkan.

Jarak itu buatkan kita semakin menjauh dan kadangkala atas alasan yang remeh temeh.

Salahnya kita, kita tak menjaga. Suka ambil mudah.Bila kita rasa dia pasti menjadi milik kita. Kita ambil mudah, sedangkan perempuan. Jika dia bersedia, dia nakkan kepastian dalam perhubungan.

Bukan hanya setakat selalu mesej dan telefon tetapi mahupun satu ikatan yang sah untuk di jadikan halal baginya.

ingat. 

Selagi tiada akad yang sah,
dia bukanlah jodoh kita.

Cinta ?

Doa.

Jangan jadikan Doa seperti ubat yang hanya diambil ketika sakit. Tetapi jadikan Doa seperti air yang diperlukan setiap hari.

Doalah pada Allah.

Kerana Allah itu Maha Mengetahui.

Surah Al-Ĥadīd (Verse 3)
Ù‡ُÙˆَ الْØ£َÙˆَّÙ„ُ Ùˆَالْآخِرُ Ùˆَالظَّاهِرُ ÙˆَالْبَاطِÙ†ُۖ ÙˆَÙ‡ُÙˆَ بِÙƒُÙ„ِّ Ø´َÙŠْØ¡ٍ عَÙ„ِيمٌ

Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.


Di dalam firman Allah seperti diatas Allah telah memberitahu bahawa Allahlah segala-galanya. Yang awal, yang akhir, yang zahir dan yang batin kesemuanya ialah Allah..



Catat Ulasan

2 Ulasan

Jaja Zaleha berkata…
Betul tu selagi belum akad, teruslah berdoa untuk kekal bertemu jodoh. Apa2 pun Allah jua sebaik2 perancang :)
Ley berkata…
Nanti jadi macam aku