Pembangunan komuniti merujuk kepada usaha meningkatkan taraf
hidup dan kesejahteraan serta kualiti hidup komuniti setempat. Usaha ini boleh
dilaksanakan oleh komuniti sendiri atau komuniti bersama-sama dengan agen-agen
pembangunan, pihak kerajaan ataupun bukan kerajaan.Acik sangat kagum pada
komuniti-komuniti yang di bangunkan untuk membantu mereka yang memerlukan untuk
setempat mahupun di nusantara.
Salah satu adalah Yayasan
Qaseh Zy Phyto
Latar Belakang Penubuhan Yayasan Qaseh Zy Phyto
Penubahan
YQZP bertitik tolak daripada cetusan idea Tuan Zaidi bin Yusoff, CEO Syarikat
ZY Phyto Tech Industries Snd Bhd ( Kini ZY Holdings Sdn Bhd). Beliau telah
mengamanahkan Tuan Salehhin Bin Hassan sebagai Pengarah Urusan YQZP pada ketika
itu.Alhamdulilah Yayasan Qasseh ZY Phyto (120934-W) telah diperakui sebagai
sebuah badan atau syarikat berhad mulai 17 November 2016.
Antara
tujuan utama penubuhan YQZP adalah untuk memperkasa sosio ekonomi ummah melalui
jaringan perniagaan,pembangunan ilmu, latihan serta usahasama sahabat secara
istiqamah disamping meningkatkan keteguhan diri melalui program peningkatan
dari aspek aqidah (kerohanian), identiti diri (Psikologi dan motivasi diri) dan
memperkasa ekonomi setempat menerusi rantaian perniagaan utama ZY Phyto
sendiri.
Puan
Sharifah Ameelia Akma, yang merupakan Kumpulan Pengarah Eksekutif ZY Phyto,
antara orang kuat yang kehadapan dalam pengembangan aktiviti kemanusiaan,
pembentukan insaniah, mendorong staf dalam pelbagai aktiviti dalaman &
luaran, terutama pendedahan dan penglibatan serta merta dalam kerja-kerja dan
aktiviti kesukarelawan, Puan Amelia turut berusaha bekerjasama dengan kumpulan
organisasi kerajaan dan bukan kerajaan melalui aktiviti-aktiviti semasa di
bawah payung YQZP dan Akademi ZY Photo.
Ahli lembaga pengarah Yayasan Qaseh Zy Phyto terdiri daripada :
- Encik Zaidi Bin Yusoff
- Puan Sharifah Ameelia Akma Binti Mohd Ramly
- Encik Salehhin Bin Hassan
- Encik Saiful Izham Ramli
Antara program-program yang telah di anjurkan seperti di bawah ini.
Berikut
adalah senarai badan badan yang di sokong oleh Yayasan Qaseh Zy Phyto .
Antaranya ialah :
- Rumah Pertiwi Kuang
- Rumah Perlindungan As Safiyah Alam
Jaya
- Tahfiz Al Hidayah Kapar
- Tahfiz Al Falahiyah Subang
- Tahfiz Seksyen 13 Shah Alam
- Pusat Tahfiz Sungai Merab
- Pusat Dialisis Mais
Alhamdulilah semoga usaha murni ini di
teruskan lagi dan acik berharap sangat satu hari nanti menjadi sebahgiaan dari
mereka untuk menyertai aktiviti kemasyakarat yang akan dijalankan.
2 Ulasan