Assalamualaikum
Pertemuan itu sering kali terjadi tetapi entah mengapa jarak itu hadir tanpa di pinta. Bertemu lagi dan sekali lagi tanpa khabar berita hilang dirinya.
Ya Rab, aku tahu dirimu ingin jadikan ini asbab untuk aku bertemu selayaknya untukku.
Kuatkan hatiku untuk menerima ujianmu,
Kentalkan jiwa untuk selalu bersangka baik denganMu
Yakinkan hatiku untuk bersabar dengan takdirku.
Ya rab, kalau dia jodohku, mohon dekatkan. Kalau bukan tolong suruh ketepi, dia menghalangi calon lain yang nak msuk.
Biarlah aku move on dari kecewa kerana mereka. Mereka yang hanya jadikan kita sebagai persinggahan dirinya.
Ketika diperlukan di cari, ketika dia mendapat kebahgiaannya dia tinggalkan kita jauh-jauh.
Ya rab hati ini kecil, dia,menyimpan segala rasa. Kuatkan dia,bantulah dia , ringankan bebannya.
Ruangkan masa untuk membaca dan aminkan doa ini.
Ya Allah..
Seandainya telah Engkau catatkan dia akan menjadi teman hidupku, satukanlah hatinya dengan hatiku. Titipkanlah kebahagiaan diantara kami agar kemesraan itu abadi.
Dan Ya Allah, Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini ketepian yang sejahtera dan abadi.
Tetapi Ya Allah..
Seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku, bawalah ia jauh dari pandanganku. Luputkanlah ia dari ingatanku. Ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku dan peliharalah aku dari kekecewaan.
Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti..
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya jauh ke dada langit. Hilang bersama senja nan merah agar aku bisa berbahagia walau tanpa bersamanya dengannya.
Dan Ya Allah yang tercinta…
Gantikanlah yang telah hilang dan tumbuhkanlah kembali yang telah patah walaupun tidak sama dengan dirinya.
Ya Allah Ya Tuhanku..
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu. Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku kerana Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hamba-Mu ini.
Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku didunia dan akhirat.
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini. Jangan Engkau biarkan aku sendirian didunia ini mahupun diakhirat, menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran.
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah aku keturunan yang soleh.
Allahumma Amin.
2 Ulasan