Assalamualaikum
Penat mengejar seseorang kita suka. Hakikat nampak seperti terhegeh-hegeh dan akhirnya kita dipersalahkan kerana merasa kita jadi punca segalanya.
Dalam proses perkenalan ianya memang ambil masa dan kadang kala berulang kali berlaku dan dalam hidup kita, kita akan dipertemukan dengan seseorang yang "salah"pada kita tak kira lelaki atau perempuan.
Untuk itu acik bagi sedikit tips untuk kamu menguji dan fahami situasi-situasi yang sering terjadi.Agar tidak terhegeh-hegeh.
Pertama : Uji dia dengan "ketiadaan" harta kamu.
Soalan biasa akan tanya, kerja apa ? dekat mana ? Mulakan dengan saya nie kerja biasa-biasa sahaja. Gaji pun kecil, kita tengok reaksinya. Kalau dia tak kisah, di pasti boleh terima dan andai dia kisah.
Oklah saya ada kerja sikit, lain kita mesej lagi.. Sehari kemudian, 2 minggu kemudian, sebulan kemudian. Jadi faham-fahamlah.
Kedua : Tengok jenis jawapannya.
Bila seseorang itu balas K, ermm, oklah.
atau sepatah-sepatah perkataan itu adalah penolakan secara halus. Maksudnya dia tak nak lagi mesej, tapi demi jaga hati. Jadi fahamlah.
Ketiga : Awak terlalu baik untuk saya !
Bila dia berkata seperti itu, ianya adalah penolakan secara nyata.Tetiba teringat lagu kisah antara kita dari OAB.
"Maafkan Aku telah mengecewakanmu
Hati Ini tak dapat merubahkan apapun
Diri Ini telah dimiliki tanpa ku sedari"
Jadi sedarlah dia suka orang jahat hahaha. Nanti bila bergaduh, kena pukul, kena tinggal baru dia menyesal.
Keempat : Bluetick
Sedar bila kita hantar mesej, tapi satu tick maksudnya dia takkan baca mesej kita atau telah diblock. Tapi lagi sakit hati dah bluetick atau dah seen tapi tak balas. Jadi faham-fahamlah.
Ahh pernah terkena ?
Jangan risau, kuat hati. Pertemuan itu selalu ada cuma dia bukanlah jodoh kita. Jadi jangan simpan dendam, jangan biarkan hati keciwa terlalu lama sangat.
Berhenti mengejar dia, jangan nampak kita terhegeh-hegeh.Dekati Allah, jaga solat.
nak kejar juga
Kejarlah dalam doakan ,rajinkan doa. Dalam masa sama jaga solat kita lengkapkan 5 waktu.
Solat itu tiang agama kita.
Dalam surah Al-Mukminun ayat 1,2 dan 9, Allah menjelaskan, “Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam solat mereka… dan mereka yang memelihara solat-solat mereka.”
Paling penting, jangan doa yang bukan-bukan doalah yang baik-baik .Moga kebaikan itu hadir dalam apa jua caranya.
Ketika Zulaikha mengejar cinta Yusuf, makin jauh Yusuf darinya, ketika Zulaikha mengejar cinta Allah , Allah datangkan Yusuf kepadanya.
“Ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang, maka Allah timpakan ke atas kamu peritnya sebuah pengharapan supanya kamu mengetahui bahawa Allah amat mencemburui hati yang berharap selain Nya, maka Allah menghalang kamu daripada perkara tersebut agar kamu kembali berharap kepada Nya.
Riwayat Imam as Syafie
0 Ulasan