Ticker

6/recent/ticker-posts

Berkenalan bertahun-tahun itu tak berjanji apa-apa andai ianya bukan takdir kita bersama.



Aku lelaki,
Lelaki tidak boleh menangis,
Lelaki tak boleh mudah meluahkan,
Lelaki kena tunjukkan dia bagus.
Pemain perasaan,
Pemujuk , pemuji dan penghancur hidup.
Semua lelaki sama !

Itu stigma mereka terhadap lelaki.


Hakikatnya tidak semua seperti itu. Hanyalah Allah uji dia dipertemukan dengan lelaki-lelaki sifatnya seperti itu. Padahal ramai lagi lelaki yang baik. Begitu juga dengan aku, diuji dipertemukan dengan seseorang perempuan yang salah padaku.

Berkenalan bertahun-tahun itu tak berjanji apa-apa andai ianya bukan takdir kita bersama.

Kau tahu aku susahnya untuk jatuh cinta pada seseorang. Pergaulan dijaga, segalanya aku bataskan. Tetapi dia tinggalkan aku kerana ada pihak ketiga.

Aku tak salahkan dia, kerana ia sudah ketentuanNya.Tapi akulah sakit kerana bila aku dah suka dekat seseorang itu. Aku akan letakkan dia sebagai calon isteri aku. Aku tak suka couple dan sebab itu bila aku bertemu dengan seseorang yang pada aku ,dia buatkan hati aku berbungga. Aku akan serious dengan dia.

Tapi itulah ditakdirnya dia lebih memilih orang lain yang padanya baik baginya. Aku terima, walau aku yang tersakiti.

Orang hanya kata, sabar, sabar Allah sayang kau.

Aku tahu itu, tapi aku jangan gunakan perkataan sabar. Kerana aku telah cukup sabar. Tapi doakan aku agar dipertemukan dengan seseorang selayaknya untuk aku.

Ya rab, kuatkan hatiku dan imanku.

Jalan takdir Allah tak pernah salah. Berbaik sangkalah dengan aturanNya. Jika perlu untuk engkau menangis, maka menangislah.

Tapi jangan bersedih lama-lama.

Bagai kita kurang ikhlas dengan apa yang Allah aturkan. Takdir Allah adalah sesuatu yang tidak terduga. The miracle may come soon. kau dan aku harus percaya. Ya. Percaya!

La tahzan..

Syurga itu mahal,Bukan mudah untuk kita dapat. Even people always said, sesuatu yang sulit didapat itulah yang akan benar-benar kita hargai. Dan pasti akan sangat bahagia bila kita mendapatkannya. Pasti!

Senyum..

Meski terkadang ada masa kita jatuh. Tak mampu untuk bangun. Tapi, ingatlah Walau apa pun, Allah akan tetap menemani. 

Allah akan mengobati luka di hati kita. Perlahan… Perlahan… Inilah hadiah buat hamba-Nya yang bersabar.

“Mereka itu akan diberi balasan dengan tempat yang tinggi (dalam surga) atas kesabaran mereka.” (QS.al-Furqan:75)

Catat Ulasan

1 Ulasan

Fiza Aizzawa berkata…
In syaa allah.. jodoh itu ada.. kenal bertahun tak semestinya ke jinjang pelamin, kenal sehari tak semestinya tiada jodoh.