Setiap kali aku menghadiri majlis perkahwinan mahupun pergi saudara tunang. Aku sudah siapkan diri dari segi mental, emosi dan fizikal.
Untuk mendengar dan menjawab soalan.
" Anak sedara kau dah tunang! kau bila lagi ? " Nanti besi berkarat.
Aku puas juga fikir.
Sindiran, persoalan mereka, namun jawapan telah aku siapkan.
Aku sering kata doakan aku.Doa kamu di angkat Allah. Doakan ye.
Tapi pada aku, bila kita dah kawin bukan modal kita untuk pandang rendah pada yang masih membujang. Ianya bukan tiket untuk kau lantang berkata.
Kau pun pernah laluinya, kau dah usaha tetapi belum berjodoh.
Pernah berlaku depan mata , dalam majlis perkahwinan. Menangis seorang kakak ini, di tanya pelbagai soalan.
Ahh mandullah tu,tak subur dah kawin lama pun belum ada anak!
Merancanglah tu !
Kadang soalannya, menguji iman. Menguji emosi. Ia memang ada hak kamu untuk bertanya.
Tapi jagalah juga adab dan mereka ada juga hak untuk menjawab atau menghindar.
Kadang-kadang aku sendiri rasa down! terduduk, terkaku dan terkedu dengan soalan mereka. Tapi aku percaya Allah sedang merancang sesuatu yang jauh lebih baik.
Ingatlah,
Bujang ada ujianNya,
Berkahwin ada ujianNya tersendiri,
Janda bertalu ujian,
Tiada anak juga ada ujian,
Anak satu pun ada ujian,
Anak ramai tetap ada ujian.
Jodoh itu rahsia Allah,
Mati juga begitu.
Bila kita dah kawin kita tak terlepas dari ujian. Ada yang di uji dengan suami atau isterinya. Bercerai mati mahupun hidup. Nauzubillah.
Takut-takut kerana perkataan itu kita juga di uji. Anak-anak kita di uji dan orang sekeliling kita di uji.
Mak cik ja
Ubahlah pandangan kita, cara kita bertanya dan cara kita berfikir.
Doakan seseorang itu dalam senyap itu lebih baik.
Maksudnya: “Doa seseorang muslim untuk saudaranya secara berjauhan (tanpa pengetahuannya) adalah mustajab. Di kepalanya (yang berdoa) terdapat malaikat yang diwakilkan kepadanya, setiap kali dia berdoa kepada saudaranya dengan kebaikan maka malaikat yang diwakilkan itu akan berkata: Amin dan bagi engkau seperti itu juga (sama seperti apa yang didoakan itu)”.[Riwayat Muslim (4914)]
5 Ulasan
Moga Allah berikan kekuatan utk hadapu semua tu.. insyaAllah, jodoh yg terbaik menanti pada waktu yg terbaik.
Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri
cuma kita jer yg tak tahu bila waktunya
sabar itu indah