Ticker

6/recent/ticker-posts

Munafik 2 Ramai yang Tonton Menangis ?




Selagi ruh dan nyawa tidak sampai ke halkum selagi itu hidup kita diuji.

Kali ini aku berkesempatan menonton filem Munafik 2 bersama-sama mak. 



Dari mula perceritaan ianya kesinambungan dari Munafik yang dulu di mana Adam dihantui dengan kematian isterinya dulu dalam mimpi.

Mimpi itu berkali-kali hadir. ehh tak nak cerita sinopsisnya tapi acik nak kongsi sebab apa wajib tonton cerita Munafik 2.

1. Jalan cerita yang straight point, apa yang disampaikan tidak berdolak dalik dengan klise scene.Bermula apabila imam Malik dikhabarkan sakit, dan Adam di minta untuk membantunya.


2. Kalau ada sakit jantung mahupun demam terkejut-terjekut mohon jangan tengok. Kerana dari mula hingga akhir, dihidangkan dengan kejutan hantu-hantu yang mengejutkanlah. Seram wey lagi scene bila ada 3 pocong dekatnya.Memang kecoh dewan dengan jeritan dan ramai yang tutup mata. 

3. Siapa yang pergi menonton pasti akan terasa sindirannya. Di balik ketakutan itu tercalit dengan air mata. Satu panggung boleh dengar teresak-esak tangisan.Bila kau rasa berat ujian kau, mencari hidayah Allah, mencari di mana Allah ketika kau diperlukan. Filem ini adalah satu naskah yang baik untuk ditonton.

Di saat kau mencari hidayah Allah, kau di uji. Di uji dengan kematian orang yang kau sayang dan di uji dengan keimaman kau.

Serious dengar doa-doa dan kata-kata dari filem ini buatkan kau merindimg.


4. Watak yang terbaik dan boleh acik katakan berhasil. Lagi-lagi watak Sakinah yang diperankan oleh Maya Karim , memang superb. Watak Adam oleh Syamsul Yusuf sungguh tidak mengecewakan.Watak Abuja sangat menjadi, kalau jumpa rasa nak "smackdown" memang jahat dan terasa kejahatannya.

5. Dikhianati oleh orang terdekat kamu. Sakitnya apabila hampir 10 tahun berkawan tetapi dapat ketahui kawan baik sendiri yang bunuh isteri sahabatnya dan dia menjadi musuh dalam selimut.

6. Aku rasa cerita ini patut di tonton oleh semua. Tak kira agama dan bangsa kerana "isi" cerita yang kuat. Akidah dipertahankan kerana Allah semata-semata, tiada yang duanya.

Sarat dengan pengisiannya. Sedih wei bila part akhir, Bila nyawa dihujung tanjuk kepercayaan pada Allah itu tak luntur .Allah itu ada, di maha Melihat , Allah bantu hambanya yang mengarapkan bantuannya. Akhirnya bantuan itu tiba.

7. Syaitan selalu menguji kita tanpa henti, dan Abuja merasakan dia ada utusan dari Allah sebagai insan terpilih dan mengunakan hadis-hadis palsu serta mengamalkan ilmu hitam. Memang kesian Sakinah dan anaknya kena kacau. 

Scene tak boleh dilupakan.

Mak kenapa tinggalkan Aina sorang-sorang kat gua.

Mak dia sedang memeluk sesuatu.

Kalau nak diceritakan memang tak boleh semua. Jadi kamu memang kena pergi tengok sendiri, bila keluar panggung satu keinsafan itu ada, semangat pertahankan agama dan kepercayaan itu pasti ada. 

Mengukuhkan lagi Allahhu Ahad, Allah yang satu.

Acik juga kagum dengan Syamsul Yusuf menjaga aurat lelaki dan perempuan. Sakinah dari awal hingga akhir walhal dalam rumah tetap bertudung walau apa jua cara. 

Sebenarnya, filem Munafik 2 ini setiap dialog di dalam filem itu akan diselitkan dengan ilmu fiqh, aqidah, Al-Quran, As-Sunnah dan sebangainya secara literal.



Antara sindirian ataupun pengisian filem Munafik 2:
Menjadi asas pengangan Al Quran dan Hadith menjadi pegangan umat Islam dan tidak akan sesat selagi kita berpegang pada keduanya.
Di akhir akhir zaman ini, orang jahil diangkat atau dimulia manakala orang yang alim dituduh dusta dan menunggang agama..
Kita jangan taksub dan terlalu memuja seseorang itu walaupun dia seorang alim ulama’. Jika mereka itu mmbuat kesalahan maka mereka juga perlu ditegur.
Fitnah akhir zaman itu sangat bahaya. Hati-hati.
Cuma satu pekara yang acik tak bersetuju, membunuh bukan penyelesaian masalah. Bila Sakinah membunuh pengikut Abuja. 

Yang lain, semua berpuas hati. Tapi malamnya lama sangat.

Acik bagi 7/10.
Mak bagi 8/10.

di akhir cerita ada doa ini yang bagus diamalkan.







Catat Ulasan

0 Ulasan