Ticker

6/recent/ticker-posts

Segalanya apa yang berlaku ini kerana Allah sayang kamu tiada alasan lain


Desiran ombak laut menenangkan jiwa,
Disitu tempat aku mencari ketenangan,
Mencari jiwa yang hilang,
Hilang di bawa emosi,
Emosi dan takdir menjadi tanda tanya.
Ujian demi ujian hadir membatukan diri.

Monolog pada diri sendiri " Kenapa aku tak pernah dapat apa yang aku impikan ? " 

Maka ada suara dari jauh mengatakan berbisik, kau patut dapatkannya, di mana tuhanmu ketika kau perlu dia ?

Lalu emosimu memuncak! dengar bisikan halus tersebut.

Kau marah pada tuhanmu, kau marah pada takdirmu.

Hakikatnya..

Tiadakah kamu mengetahui bahwa kerajaan langit dan bumi adalah kepunyaan Allah? Dan tiada bagimu selain Allah seorang pelindung maupun seorang penolong. (Surah Al Baqarah :107)

Allah itu ada,
Walaupun tidak dapat nampak di mata kelak kau akan bertemu denganNya.
Di rasai di hati.

Segalanya apa yang berlaku ini kerana Allah sayang kamu. Tiada alasan lain yang mampu diungkapkan.

Jika Allah tidak sayang padamu, di biarkan kau tidak berpedoman, dibiarkan hilang nikmatmu. Di biarkan dengan jiwa palsu kecintaan pada dunia semata.

Perut yang lapar,
Wallet yang kosong,
Dikecewakan hati berkali-kali,
Adalah pengajaran yang terbaik untuk pelajari sesuatu dalam hidupmu.

Baru kau akan rasa berusaha untuk jadi lebih baik. Mengatasi apa yang pernah terjadi.

Tanpa kau sedari, di balik kesedihanmu. Allah hadirkan orang yang baik-baik sekelilingmu. Di kurniakan pekerjaan yang baik, bos yang baik. 
Kesihatan yang baik,
Jodoh yang baik,
Serta pengakhiran hidup yang baik.
Semua nikmat Allah di beri tanpa di pinta.

Pujuklah hatimu, jangan jauh dengan Allah. Kembali keyakinanmu bahawa Allahuahad Allah yang satu.

Bahagialah secukupnya,
sedih seperlunya,
mencintai sewajarnya,
membenci sekadarnya,
Tapi bersyukurlah sebanyak-banyak. 
Agar akan ada nikmat lain akan di beri

Nasihat seorang ustaz dalam pencarian jodoh ini juga kita melalui proses 

√muhasabah diri
√Jaga hubungan dengan pencipta
√jaga hubungan dengan mak ayah
√ jaga hubungan dengan kenalan
√ jaga anggota badan
√ Jaga hati
√ banyakan amalan sunat
√ sedekah
√ solat taubat, solat hajat dan istikarah
√ Jaga pergaulan dan adab
√ istiqomah amalan

Lakukan kerana Allah, andai cepat atau lambat jodoh itu pasti Allah beri yang terbaik.







Catat Ulasan

0 Ulasan