Ticker

6/recent/ticker-posts

Tragedi dan Pengalaman di Kelantan


Assalamualaikum

Seronok bila dapat bersama-sama adik beradik berkumpul ramai-ramai pergi bercuti.  Cuti panjang maka berduyun-duyunlah orang rancang percutian di seluruh Malaysia. Semestinya destinasi percutian kami sekeluarga ke Kelantan. 

Kelantan tujuan utama adalah untuk melihat anak sedara baru di Lahirkan Mohd Zafran namanya. Paling penting kami dapat berkumpul sekeluarga dan ini merupakan pengalaman pertama aku memandu ke Kelantan. Jauh rupanya dari Johor hampir 12 jam perjalanan. 

Kami sarapan di Kopitiam Kita merasai keenakan Roti Titab dan pelbagai lagi masakan Kelantan , tetapi sewaktu kami sampai, penuhnya orang. 




Sehingga terpaksa beratur untuk ambil roti titab ,aku gagahkan diri juga. Bila giliran aku dah siap, aku cari di mana mak aku ? 




Rupanya dah bertukar tempat. Penuh orang, tapi kami dapat di meja tepi. Mak dan kakak cerita mereka di hampiri sekeluarga yang menghalau kami katanya itu reserved untuk mereka. Berkali-kali berkata dengan nada yang kuat dan keras. Lalu bangunlah mak dan kakak tanpa menghabiskan makanan. 

Aku kata tak apalah, Allah ada.

Kami juga sempat singgah ke Pasar Siti Khatijah, maka dapatlah beli makanan dan barangan yang jadi pilihan. Tapi biasalah cuti umum, orang penuh.

Hotel kami menginap di Kalifa Suit Hotel & Apartment. Bilik cantik dan selesa tapi sayangnya masa kami di sana. Hotel tiada air !!




Ini hal yang besar !
 Nak buang hajat besar,mandi susah tu,

Buat aduan begitu juga,
Mandi di masjidlah jawabnya.



Makan tengah hari kami di Nasi Ulam Cikgu Kampung Kraftangan.


Makan di sini best, penuh dengan makanan , ulaman dan harganya sangat berpatutan, Ikan keli besar baru RM 5 sahaja. Maklah paling bahagia kerana semua jenis ulam-ulaman ada. Tetapi kalau macam kami pergi cuti umum seperti biasalah terpaksa berebut meja dan kerusi. 

 Mengubat hati yang lara dengan masalah-masalah kecil, hiburkan hati dengan pergi ke Pantai Cahaya Bulan (PCB), Memang seronok dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Tetapi langit itu tidak sentiasa cerah. Awam mendung.Hujan turun lebat. 



Jadi kami rancang untuk makan di kedai berdekatan di situ.



Maka orderlah makanan dan minuman.Dalam hati kata " Alhamdulilah ada tempat berteduh kami" 
Hujan turun dengan lebat, Ya Allah bumbung kedai bocor, tak lama kemudian di dalam kedai air naik. 

Kami makan dalam keadaan banjir.

Peniaga di situ boleh tengok sahaja , lalu cancelkan order dan kami balik. Tanpa sepatah permintaan maaf pun dinyatakan. 











 Sebelum balik ke Johor kami singgah ke Pengkalan Kubor , tempat bebas cukai. 

Tapi seperti biasa ramai orang dan bersesak. Barangnya harga boleh tahan.

Percutian kami walaupun simple tetapi seronok sebabnya bersama-sama dengan adik beradik dan mak. 


 

Catat Ulasan

1 Ulasan

Penapis Air Pilihan berkata…
Mencari Penapis Air MURAH dan Berkualiti?

Bio ULTRA ALKALINE pilihan Terbaik? Kenapa?
1 - Harga jauh lebih Murah dr Jenama-jenama terkenal.
2 - Kualiti Air setanding dgn Jenama antarabangsa.
3 - Filter2 yg berkualiti (Made In KOREA) dan dapat Sijil HALAL JAKIM
4 - Servis Berkala, ada Warranty & Design menarik
5 - Pemasangan sepantas 1-2 Hari shj (Seluruh Semenanjung)

HARGA bermula dr RM699

KAMI juga menjual semua jenis filter penapis air (Semua Model Termasuk Coway, cuckoo, Jik soo, hijrah, elken dan lain2) RM250 utk 4 Filter TERMASUK POSTAGE

http://penapis-air-bioultra.blogspot.com/

Hubungi:
0178895990 atau click http://bio.wasap.my