Ticker

6/recent/ticker-posts

Part 1 - Bidadari Tanpa Sayap


Jauh kau termenung Zaf, apa lagi yang kau fikirkan itu ? kata Nanda kepada Sahabatnya.

Tidaklah Nan, aku cuma masih berharap keajaiban itu berlaku.Berlaku andai masa dapat di putarkan kembali.Jawab Zafran.

Zafran, andai masa itu dapat kembali. Belum pasti ianya lebih baik untuk kita. Terimalah seadanya apa yang terjadi.Balas Nanda.

Kau tak akan faham !! aku sayang dia ! , jawab Zafran.

Lebih dari Allah ?
Mana iman kau ! Mana iktikad kau Allahuahad? 

Jangan kerana dia, kau marah pada takdirmu dan pada Allah.Allah hadirkan ujian itu untuk kau lebih kenal diri kau. Untuk lebih kau menghargai dan ianya pengalaman untuk kau jadi insan lebih baik. Balas Nanda.

Sudah, sudah ! . Kamu berdua jangan bertengkar, ingat Allah, jangan kerana hal ini kamu bermasam muka.Pergi makan sana, Zaf bawa kawan kau ke dapur makan,Tegas Mak Mila.

Suasana hening malam menemani Zaf yang berada di Beranda rumahnya. Termenung mengenangkan apa yang terjadi.

Sepertiga malam dia hadirkan diri bersama penciptaNya. Solat taubat dan solat hajat.Doa di hamparkan..

Ya rab, hati ini terlalu mencintai dia,aku mohon keampunan darimu ya rab. Pertemukanlah seseorang yang dapat membantu jiwaku untuk dekat padaMu. Untuk jadi hambamu yang terbaik. Hadirkan seseorang yang dapat menjadikan aku insan lebih baik. Makbulkan ya rab..

Adakah doanya di makbulkan Allah ?

Janji Allah pasti.

Zaf, bangun nak. Mak tak nak tengok kamu sedih-sedih lagi. Sematkan dalam hatimu Allah selalu ada. Lepaskan ingatan pada Zarina, ikhlaskan apa yang berlaku. Dia sudah jadi milik orang, kata Mak Mila kepada anakNya.

InshaAllah mak , Mak doakan Zaf ya mak. Doa mak Allah angkat, kata Zaf kepada emaknya.

Pulanglah Zaf ke tempat kerjanya dengan semangat yang baru.

Aduhh !! buta ke ? Main langgar je orang ! Kata Sofea.

Maaf cik, saya tak sengaja terlanggar cik. Saya nak cepat ada meeting.Balas Zaf.

Ehh tak apa encik, saya yang patut minta maaf. Jawap Zulaika.

Zulaika, jangan bagi muka orang macam dia nie !!! , kata Sofea lagi.

Dengan nama Allah aku berlindung, Saya okey Sofea, mari kita dah terlewat juga ini.Balas Zulaika.

Berlalu mereka, 

Allahuakbar!! hatinya berdegup kencang.

Zulaika..

Wajah Zulaika bermain di minda Zaf, Matanya, senyumannya.

Ya rab, jika dia ( Zulaika) jodohku dekatkan jika bukan moga kebaikan itu hadir.

Zulaika, wajah itu menganggu fikiranku.

Siapa Zulaika ?

Kenapa dia selalu di fikiranku.Aku seolah pernah melihat wajahnya dalam mimpiku. Dia sedang berdoa. 

Doanya penuh tangisan memohon pada penciptanya. 

Siapakah Zulaika ini ? 

Berhari-hari wajahnya mengangu fikiran aku.

Ya Allah kenapa, hadirnya dirinya dalam mimpi, dalam ingatanku.

Berhari-hari Zaf menunggu, tempat pertama kali dia bertemu Zulaika.

Berharap dapat berjumpa. 

Ya Allah jangan biarkan aku asyik di bawah khayalan syaitan. Jauhi penyakit ain.. ya rab..

Setiap kali dalam doanya, dia selitkan nama Zulaika.







Catat Ulasan

1 Ulasan