Assalamualaikum
Kali ini sekali lagi kami nak bawa anda semua ke satu lagi
tempat yang menarik di Terengganu. Sebenarnya kebetulan kami di Terengganu,
kami mencari tempat untuk bersantai dan kolam air panas.
Sebab dengar kata tempatnya sesuai untuk beribadah bersama
keluarga, untuk tempat kanak-kanak ada, untuk orang dewasa pun.
Tapi
serious masuk ke dalam memang agak jauh dekat 1 jam juga untuk masuk kawasan
tersebut. Kiri kanan di penuhi hutan. Jangan takut dan jangan bimbang.Namun
begitu percayalah bahawa ianya pasti memberikan anda kepuasan.
Kali
ini kami ingin membawa kamu ke satu tempat yang menarik iaitu ke Kolam Air
Panas La Hot Spring. La Hot Spring ini terletak di Jerteh dimana anda boleh
melalui jalan dari sana dan terus menuju ke kolam air panas ini.
Jadi, sambil-sambil menyusuri perjalanan yang agak lama itu jangan stress sebaliknya nikmatilah pemandangan desa dan flora dan fauna yang anda sempat lihat.Ada sawah padi memang cantik.
Di dalam kawasan ini juga terdapat chalet, jika teringin untuk bermalam di sana.
Mulanya datang sana, tercari-cari juga di mana kawasan kolam air panasnya ?
Lokasinya di bahagian atas dan untuk kawasan bawah seperti sungai itu sesuai untuk kanak-kanak. Airnya jernih,bersih dan sejuk.
Kolam air panas pula, memang panas ya Allah.
Rendamkan kaki sahaja mampu, kalau mandi mahu kepanasan.
1 Ulasan