Ticker

6/recent/ticker-posts

Kalau dia betul jodoh kita, Allah permudahkan



Assalamualaikum


Ramai di antara kita di uji dengan hebat. Ada yang Allah uji, tarikh dah dekat tetapi majlis terpaksa di batalkan di sebabkan perkara-pekara yang tak dapat dielakkan.

Hati mana yang tidak gundah.

(iklan) Nak cari jodoh jom daftar di sini --> cari jodoh

Ada majlis semua dah siapkan, barang semua dah beli, tetapi tetap tak dapat dilansungkan.Ada yang kawin kerana terpaksa kerana desakan dari keluarga faktor umur. 
Ada yang sempat bertemu dengan ajal sebelum jodoh. Semua kuasa Allah. 
Kita merancang dengan penuh harapan, susun rapi.

Tapi Apabila Allah berkehendak, maka di hadirkan ujian-ujian yang mampu mengetarkan jiwa.

Tapi ramai di antara kita cepat berubah, terbiar dan membiarkan. 

Cukuplah bersedih. Apa guna kita terus larut dalam kesedihan yang tidak membawa apa-apa hasil?

Soal jodoh memang kita perlu mencarinya tetapi ada hal-hal yang harus kita fahami.
Cuba fahami dengan baik istilah 'menunggu' dan 'menjemput'. Adakah sama maksudnya?
Contoh mudah. Seorang wanita berkenan kepada seorang lelaki. Dia menyukai lelaki itu dalam diam. Hari demi hari berlalu, dia menunggu sahaja sambil melihat sang lelaki dari kejauhan.

Dia menunggu sambil berkhayal, membayangkan dapat bina hidup yang indah-indah dengan lelaki tersebut. Membayangkan punya anak yang soleh, membayangkan punyai waktu yang sentiasa romantis dengan sang suami kelak.

Menunggu sambil berangan, nak pula baca novel-novel yang lagha. alahai... Akhirnya, pelajarannya entah ke mana. Solat selalu lupa,kucar-kacir, hubungan dengan keluarga tidak mesra. 

Kerana apa? Sebab, terlalu banyak berkhayal mengingati lelaki yang dicintai dalam diam. Kesudahannya, lelaki itu berkahwin dengan orang lain, tidak sedikit pun ingin memandang kepada dirinya.

Menunggu pada hal yang sia-sia.

Mana kalau menjemput pula dengan pelbagai cara. Salah satunya dekati kamu suka sama seorang.

Hari-hari melihat dia dari jauh, kau sebut namanya dalam doa.Berusaha jadi lebih baik , mendekati masjid.Sertai usrah,jaga hubungan dengan Allah, dengan keluarga dan orang terdekat. 

Carilah seseorang untuk cari tahu tentang dia. Jika ada kekuatan taaruflah dengan dia.Kalau dia betul jodoh kita, Allah permudahkan. 

Jika tidak, Allah sulit dan jauhkan.

Kerana Allah tahu kita sesuai untuk siapa dan dengan siapa yang kita akan bahagia bersama.

Yakini Allah sebagaimana kamu yakini cinta sejati.




Catat Ulasan

5 Ulasan

Maqnie berkata…
Sebagai hamba , kita cuma perlu berusaha ,kemudian berdoa dan akhirnya bertawakkal dalam tiap urusan. InshaAllah :)
Unknown berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata…
Tuhan tahu segalanya
Unknown berkata…
Walau Allah temukan dan permudahkan urusan pernikahan tapi jika hanya seketika, redho sebab Allah swt uji dengan yang lain jika tahan Boleh diteruskan jika bersama dengan Nya buatkan hati makan hati lebih baik tidak diteruskan, in sya Allah, aamiinnn
Rendi Febriandi berkata…
Saya setuju dengan judul artikel tersebut. Memang jodoh sudah ditentukan Allah SWT sejak dahulu kala. Kita tidak bisa menawar-nawar akan hal tersebut. Kita hanya bisa berusaha mencarinya dan berdoa supaya dimudahkan menjemputnya. Semoga kita termasuk orang yang bertawakal kepada Allah SWT. Amiin.. Lowongan Kerja