Assalamualaikum
Ramai
di antara kita di uji dengan hebat. Ada yang Allah uji, tarikh dah dekat tetapi
majlis terpaksa di batalkan di sebabkan perkara-pekara yang tak dapat
dielakkan.
Ada
majlis semua dah siapkan, barang semua dah beli, tetapi tetap tak dapat
dilansungkan.Ada yang kawin kerana terpaksa kerana desakan dari keluarga faktor
umur.
Ada
yang sempat bertemu dengan ajal sebelum jodoh. Semua kuasa Allah.
Kita
merancang dengan penuh harapan, susun rapi.
Tapi
Apabila Allah berkehendak, maka di hadirkan ujian-ujian yang mampu mengetarkan
jiwa.
Tapi
ramai di antara kita cepat berubah, terbiar dan membiarkan.
Cukuplah
bersedih. Apa guna kita terus larut dalam kesedihan yang tidak membawa apa-apa
hasil?
Soal
jodoh memang kita perlu mencarinya tetapi ada hal-hal yang harus kita fahami.
Cuba
fahami dengan baik istilah 'menunggu' dan 'menjemput'. Adakah
sama maksudnya?
Contoh
mudah. Seorang wanita berkenan kepada seorang lelaki. Dia menyukai lelaki itu
dalam diam. Hari demi hari berlalu, dia menunggu sahaja sambil melihat sang
lelaki dari kejauhan.
Dia
menunggu sambil berkhayal, membayangkan dapat bina hidup yang indah-indah
dengan lelaki tersebut. Membayangkan punya anak yang soleh, membayangkan punyai
waktu yang sentiasa romantis dengan sang suami kelak.
Menunggu
sambil berangan, nak pula baca novel-novel yang lagha. alahai... Akhirnya,
pelajarannya entah ke mana. Solat selalu lupa,kucar-kacir, hubungan dengan
keluarga tidak mesra.
Kerana
apa? Sebab, terlalu banyak berkhayal mengingati lelaki yang dicintai dalam
diam. Kesudahannya, lelaki itu berkahwin dengan orang lain, tidak sedikit pun
ingin memandang kepada dirinya.
Menunggu pada hal yang sia-sia.
Mana kalau menjemput pula dengan pelbagai cara. Salah satunya dekati kamu suka sama seorang.
Hari-hari melihat dia dari jauh, kau sebut namanya dalam doa.Berusaha jadi lebih baik , mendekati masjid.Sertai usrah,jaga hubungan dengan Allah, dengan keluarga dan orang terdekat.
Carilah seseorang untuk cari tahu tentang dia. Jika ada kekuatan taaruflah dengan dia.Kalau dia betul jodoh kita, Allah permudahkan.
Jika
tidak, Allah sulit dan jauhkan.
Kerana
Allah tahu kita sesuai untuk siapa dan dengan siapa yang kita akan bahagia
bersama.
Yakini
Allah sebagaimana kamu yakini cinta sejati.
5 Ulasan