Assalamualaikum
Tertutup mata,
Mendengar nada dan suara,
Mereka berbicara yang kadang melunak jiwa dan kadang membinasakan bagaikan dihunus pedang.
Kita tak mampu untuk tutup semua mulut mereka, kita hanya mampu senyum dan teruskan berjalan.
Pertemuan yang Allah hadir pada kita segalanya bersebab dan ada alasan tersendiri.
Seburuk mana dia, tetap ada pelajaran yang ditinggalkan. Walaupun sakit, sehingga berteriak tiada suara. Garau , parau tetapi ianya memantangkan jiwa kita.
Mendewasakan kita sehingga hati ini kental. Datanglah apa jua, ianya bagaikan angin.
Jangan berharapkan janji manis, kelak kecewa. Berharaplah cinta dari Allah segala kerana Allah.
Tetapi apa jua terjadi jangan ego, kita dipertemukan dengan seseorang yang pada kita salah. Itu ujian kita, tetapi apabila seseorang yang lain hadir jangan kamu letakkan "kecewa" kita pada dia.Sedangkan dia tidak bersalah. Dia harus memiliki peluang untuk kenal dan hak untuk bahagia.
Ingat!
Manusia akan diuji dengan apa yang dia katakan.
Maka, jangan hina orang yang buat dosa, tapi cukup sekadar benci dosa itu.
Sebab... boleh jadi, Allah akan uji kita dengan dosa itu pula.
Boleh jadi, kita akan jadi lebih teruk daripada orang yang pernah kita hina dulu.
Allah temukan..
kita dengan macam-macam orang. Kerana Allah nak kita kuat.
Dan ketika aku bersujud, aku jumpa apa yang aku cari selama ini.
Hati rasa bahgia, air mata mengalir, tersenyum dalam tangis.
1 Ulasan