Ticker

6/recent/ticker-posts

Kita Hidup Di Dunia Ini mencari keredhaan Allah.



Assalamualaikum

Kau tahu kita di didik dari kecil lagi.
Putih itu cantik, hitam itu hodoh.
Maka berlumba-lumbalah semua orang inginkan putih melepak. Bertebaran produk untuk putih. Hakikatnya hitam juga ada manisnya.Cuma apabila persepsi telah diletakkan maka timbullah prajudis terhadap seseorang.

Muka cantik dan kacak dianggap sempurna. Di puja, disebarkan kata pujian. Semua ingin mendekati, tetapi si kurang rupanya selalu di salah anggap.

Ada mukanya ganas selalu di labelkan " muka pecah rumah", perogol bersiri dan pelbagai gelaran lain. Hakikatnya dia seorang yang baik dan pemurah hati.

Mudahnya kita letakkan persepsi pada seseorang.

Cantik lawa, kacak dan comel itu adalah bonus untuk seseorang tetapi kerna apa kita hidupkan di dunia ? 

hanyalah mencari keredhaan Allah.

Pernah dengar kisah Bilal bin Rabah seorang yang berkulit hitam tetapi dia bertakwa kepada tuhanNya? 

Ketika bilal memulakan azan, orang-orang munafiq melihat kepada bilal dengan penuh kebencian.

“mujur bapaku telah mati sebelum melihat kejadian pada hari ini” berkata ‘Itab bin Asid kepada Al-Haris ketika melihat bilal sedang melaungkan azan di atas bumbung Kaabah.

Sambil ketawa, Al-Haris bin Hisyam berkata, “apakah Muhammad kekurangan manusia untuk dijadikan tukang azan? Mengapa Muhammad memilih gagak hitam ini sebagai tukang azan?” penghinaan Al-Haris terhadap bilal dilakukan dihadapan ‘Itab bin Asid.

Mereka ketawa terbahak-bahak selepas penghinaan yang mereka lakukan terhadap bilal.

Kejadian ini sampai kepada pengetahuan Nabi SAW, seterusnya Allah menurunkan ayat ke 13 dari surat Al-Hujurat yang berbunyi;

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Maksudnya;
“Wahai Manusia, sesungguhnya kami ciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan. Dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu kenal satu dengan yang lain. sesungguhnya orang yang paling mulia adalah orang yang paling taqwa dari kalangan kamu. Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha mengenal”

(Surah Al-hujurat : 13)


Penurunan ayat ini, sebagai memberitahu kepada mereka yang berbangga dengan kulit mereka yang putih, agar tidak memberi kehinaan kepada manusia lain yang berkulit hitam, sepertimana yang dilakukan oleh Al-haris bin Hisyam dan ‘Itab bin Asid terhadap bilal bin Rabah, kerana kemuliaan itu bukan kerana warna kulit, tetapi disebabkan ketaqwaan seseorang itu kepada Allah.



Kita tiada hak untuk menghina orang lain, mengelarkan nama dia yang bukan-bukan dan bersifat prajudis pada sesiapapun.Setiap manusia Allah hadirkan kelebihan dan kelemahan masing-masing yang saling melengkapi satu sama lain. 



Catat Ulasan

3 Ulasan

paridah berkata…
BAGAIMANA PUN KITA ADALAH KEJADIAN ALLAH YG ESA...MEMPERSOALKAN CIPTAAN-NYA AMAT TIDAK WAJAR
Masmira Masri berkata…
itu lah serius xfaham org yg provok people kata hitam itu x cantik padahal all skin color is beautiful kot..
lg pun ciptaan ALLAH ni ada sebaik2nya jgn lah diubah2...astaghfirullahalazim