Ticker

6/recent/ticker-posts

10 Entri Paling Hits dan Popular Sepanjang Tahun 2018


Assalamualaikum

Hari ini merupakan hari terakhir kita berada di tahun 2018, rasa sedih tetap ada meninggalkan 2018. Selama ini apa yang telah kita lakukan ?
Jika pekara yang baik, alhamdulilah.
Jika tidak ambil kesempatan untuk kita perbaiki di tahun yang baru.
Jadi sebagai penutup tahun baru mari kita semak 10 entri paling popular sepanjang tahun 2018.

No 1 :Selagi tiada akad yang sah, dia bukanlah jodoh kita.


Mata ini menyaksikan segala,
Bahagia,
Derita,
UjianNya tiada noktahnya.
Lagi-lagi soal hati yang sering di bicarakan oleh kita.

Perasaan itu hadir tanpa kita duga, kadangkala kita tak jangka pun. Dia buat hari-hari kita indah. Penuh dengan nasihat dan menjadi pendengar yang baik untuk dia.

Cukup lama kita berkenalan dengan dia, senyuman dia tetap sama manisnya.Dia menjadi penguat jiwa untuk terus mengembara. 





Penat mengejar seseorang kita suka. Hakikat nampak seperti terhegeh-hegeh dan akhirnya kita dipersalahkan kerana merasa kita jadi punca segalanya.

Dalam proses perkenalan ianya memang ambil masa dan kadang kala berulang kali berlaku dan dalam hidup kita, kita akan dipertemukan dengan seseorang yang "salah"pada kita tak kira lelaki atau perempuan. 

Untuk itu acik bagi sedikit tips untuk kamu menguji dan fahami situasi-situasi yang sering terjadi.Agar tidak terhegeh-hegeh.


 

Cantik tak gelang nie acik  ? aku nak hadiahkan pada dia.Mesti makin dia sayang lebih pada aku. Sambil membelek-belek gelang tersebut.

Banyak duit kau, cantik gelang itu. Mesti mahal. Tapi.. ,balas aku.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEji4iakkNXgZRfO2GjjmNu5aOWR91W1YJFjsIKVWTxjioybjQE6tA0RiyfXpkeNxMlUWoCBe366ZkScGQU27LMxsaQAPVhL8YGzk1dKpffV0FNNFHd0rGjEMcpmbC6C6B8ECdTL4UuAkw/s200/Banner+Baituljannah+320+x+100+%25282%2529.gif

Tapi apa pulak acik ? , sahutnya.

Tapi kenapa perlu dengan harta benda ? Jangan didik seorang wanita itu dengan kemewahan dan kesenangan semata. Kerana nanti kalau kau tak ada apa-apa. Bagaimana ?
 




Allah pertemukan kita dengan seseorang pasti ada sebab. Sama ada baik atau buruk, pasti ada hikmah dan pengalaman yang mengajar.

Aku akui kenyataan di atas, cerita ini tak ramai yang tahu tetapi aku nak kongsikan sebagai tauladan. 

Aku kenal dia masa sertai Jambori di Langkawi.Dia seorang perempuan yang pendiam, suka senyum.

Aku kebetulan satu group dengan dia, aku jenis tak banyak cakap, dia pun sama tetapi kami komunikasi dengan senyuman. Dia senyum aku senyum. Haha

Sampai ke sudahlah.. tetapi yang buat aku tertarik dengan dia bila habis program mesti dia buka buku kecil dan kumat kamit membaca sesuatu. 




Guruh berdentum mengegar sekeping hati.Bergetar naluri bagi yang takut pada ilahi.Mencuit jiwa-jiwa sanubari. 

Aku adalah sebahgiaan dari mereka yang memikirkan tentang persahabatan, kekeluargaan. Tetapi berkali-kali aku di uji sedemikian rupa sehingga aku hilang kepercayaan itu. 

Membuat hati luluh,
Berkali-kali di khianati sahabat baik sendiri.

Tetapi Allah temukan dan hadirkan juga mereka yang baik-baik sebagai sahabat. Aku tak pernah ragui Allah kerana aku tahu selagi aku hidup ini tiada noktahnya ujian dari Allah.



 
Ramai di antara kita di uji dengan hebat. Ada yang Allah uji, tarikh dah dekat tetapi majlis terpaksa di batalkan di sebabkan perkara-pekara yang tak dapat dielakkan.

Hati mana yang tidak gundah.

Ada majlis semua dah siapkan, barang semua dah beli, tetapi tetap tak dapat dilansungkan.Ada yang kawin kerana terpaksa kerana desakan dari keluarga faktor umur. 
Ada yang sempat bertemu dengan ajal sebelum jodoh. Semua kuasa Allah. 
Kita merancang dengan penuh harapan, susun rapi.




Setiap helaan nafas kita tiada noktahnya ujian dari Allah. Hadirnya kadangkala bertalu-talu sehingga melunakkan jiwa. 

Sehingga air mata telah kering menangis, merintih dengan apa yang telah terjadi. Bagi yang pernah rasai pasti tahu bagaimana perasaan itu.

Maka berderetlah sekeliling berkata sabar, sabarlah.

dan berlalu pergi, 

Sedangkan kau ? 

Masih selalu mengharapkan keajaiban berlaku. Antara motivasi dan takdir menjadi di hujung tanduk. Jangan rebah, jangan mengalah.





Makin berganjak usiaku,
Makin besar ujianku, menguji tahap kematanganku.
Mereka datang bersilih ganti dalam hidupku,
ada ketika ianya hadir hanya seketika,
ada ketika hadirnya menguji hati ini dengan ragamnya, ada yang menyakitkan hati, ada buatkan kita rimas, ada yang buatkan kita rasa tertekan dan hari-hari penuh dengan emosi. 
Ada yang hadirnya bagaikan parasit menumpang ketika perlu. Ketika di saat senang, ketika susah.


 
Raya tiba raya tiba !

Bagaimana persiapan raya kamu semua ?

Alhamdulilah, semua sudah selesai.Baju selesai cuma tinggal kasut sahaja. Penangan viral selipar yang di pakai oleh Tun Mahathir jenama Bata, aku pun terikut mencari selipar tersebut. Aku pergi ke branch Kota Tinggi, girangnya hati ada stok selipar tersebut.

Masuk tujuan nak beli selipar saje tapi mata terarah ke kawasan kasut lelaki. Dengan penuh mesra juru jual bagitahu itu antara koleksi Hari Raya 2018.





Jodoh dengan memberi kasih sayang sangat bermakna,
Bagaimana ?

Memberi dengan doa,
doa untuk kebahgiaan dia dan kita,
Doa agar Allah selamatkan kita dan semoga bertemu dengan jodoh yang baik,
Doa adalah bahasa yang sederhana dalam kita mencintai,
dengan memberi kita tidak akan pernah rasa kurang, malah akan bertambah lebih rasanya. 
Sedang rancak kami berborak soal jodoh ! tiba-tiba di datangi..



 

Catat Ulasan

0 Ulasan