Assalamualaikum
Hari ini merupakan hari terakhir kita berada di tahun 2018, rasa sedih tetap ada meninggalkan 2018. Selama ini apa yang telah kita lakukan ?
Jika pekara yang baik, alhamdulilah.
Jika tidak ambil kesempatan untuk kita perbaiki di tahun yang baru.
Jadi sebagai penutup tahun baru mari kita semak 10 entri paling popular sepanjang tahun 2018.
No 1 :Selagi tiada akad yang sah, dia bukanlah jodoh kita.
Mata
ini menyaksikan segala,
Bahagia,
Derita,
UjianNya tiada noktahnya.
Lagi-lagi soal hati yang sering di
bicarakan oleh kita.
Perasaan itu hadir tanpa kita duga,
kadangkala kita tak jangka pun. Dia buat hari-hari kita indah. Penuh dengan
nasihat dan menjadi pendengar yang baik untuk dia.
Cukup lama kita berkenalan dengan dia,
senyuman dia tetap sama manisnya.Dia menjadi penguat jiwa untuk terus
mengembara.
Untuk baca lebih lanjut di :
http://www.akupenghibur.com/2018/07/Selagi-tiada-akad-yang-sah-dia-bukanlah-jodoh-kita.html
Penat mengejar seseorang kita suka.
Hakikat nampak seperti terhegeh-hegeh dan akhirnya kita dipersalahkan kerana
merasa kita jadi punca segalanya.
Dalam proses perkenalan ianya memang
ambil masa dan kadang kala berulang kali berlaku dan dalam hidup kita, kita akan dipertemukan dengan seseorang yang
"salah"pada kita tak kira lelaki atau perempuan.
Untuk itu acik bagi
sedikit tips untuk kamu menguji dan fahami situasi-situasi yang sering
terjadi.Agar tidak terhegeh-hegeh.
Untuk baca lebih lanjut
di :http://www.akupenghibur.com/2018/08/berhenti-mengejar-dia-jangan-nampak-terhegeh-hegeh-dekati-Allah.html
Cantik tak gelang nie acik ? aku
nak hadiahkan pada dia.Mesti makin dia sayang lebih pada aku. Sambil
membelek-belek gelang tersebut.
Banyak duit kau, cantik gelang itu.
Mesti mahal. Tapi.. ,balas aku.
Tapi apa pulak acik ? , sahutnya.
Tapi kenapa perlu dengan harta benda ?
Jangan didik seorang wanita itu dengan kemewahan dan kesenangan semata. Kerana
nanti kalau kau tak ada apa-apa. Bagaimana ?
Untuk baca lebih lanjut di : http://www.akupenghibur.com/2018/02/kalau-kau-sayang-dia-jangan-putus-doa.html
Allah pertemukan kita
dengan seseorang pasti ada sebab. Sama ada baik atau buruk, pasti ada hikmah
dan pengalaman yang mengajar.
Aku akui kenyataan di atas, cerita ini
tak ramai yang tahu tetapi aku nak kongsikan sebagai tauladan.
Aku kenal dia masa sertai Jambori di
Langkawi.Dia seorang perempuan yang pendiam, suka senyum.
Aku kebetulan satu group dengan dia, aku
jenis tak banyak cakap, dia pun sama tetapi kami komunikasi dengan senyuman.
Dia senyum aku senyum. Haha
Sampai ke sudahlah.. tetapi yang buat
aku tertarik dengan dia bila habis program mesti dia buka buku kecil dan kumat
kamit membaca sesuatu.
Untuk baca lebih lanjut di : http://www.akupenghibur.com/2018/06/allah-pertemukan-kita-dengan-seseorang-pasti-ada-sebab.html
Guruh
berdentum mengegar sekeping hati.Bergetar naluri bagi yang takut pada
ilahi.Mencuit jiwa-jiwa sanubari.
Aku
adalah sebahgiaan dari mereka yang memikirkan tentang persahabatan,
kekeluargaan. Tetapi berkali-kali aku di uji sedemikian rupa sehingga aku
hilang kepercayaan itu.
Membuat
hati luluh,
Berkali-kali
di khianati sahabat baik sendiri.
Tetapi
Allah temukan dan hadirkan juga mereka yang baik-baik sebagai sahabat. Aku tak
pernah ragui Allah kerana aku tahu selagi aku hidup ini tiada noktahnya ujian
dari Allah.
Untuk
baca lebih lanjut di : http://www.akupenghibur.com/2018/04/Doa-biar-Allah-jaga-diri-kita-jodoh-kita-sebaik-baiknya.html
Ramai di
antara kita di uji dengan hebat. Ada yang Allah uji, tarikh dah dekat tetapi
majlis terpaksa di batalkan di sebabkan perkara-pekara yang tak dapat dielakkan.
Hati mana
yang tidak gundah.
Ada
majlis semua dah siapkan, barang semua dah beli, tetapi tetap tak dapat
dilansungkan.Ada yang kawin kerana terpaksa kerana desakan dari keluarga faktor
umur.
Ada yang
sempat bertemu dengan ajal sebelum jodoh. Semua kuasa Allah.
Kita
merancang dengan penuh harapan, susun rapi.
Untuk
baca lebih lanjut di : http://www.akupenghibur.com/2018/10/Kalau-dia-betul-jodoh-kita-Allah-permudahkan.html
Setiap
helaan nafas kita tiada noktahnya ujian dari Allah. Hadirnya kadangkala
bertalu-talu sehingga melunakkan jiwa.
Sehingga
air mata telah kering menangis, merintih dengan apa yang telah terjadi. Bagi
yang pernah rasai pasti tahu bagaimana perasaan itu.
Maka
berderetlah sekeliling berkata sabar, sabarlah.
dan
berlalu pergi,
Sedangkan
kau ?
Masih
selalu mengharapkan keajaiban berlaku. Antara motivasi dan takdir menjadi di
hujung tanduk. Jangan rebah, jangan mengalah.
Untuk
baca lebih lanjut di : http://www.akupenghibur.com/2018/02/Rupanya-kau-insan-terpilih-yang-telah-di-gerakkan-hati-dan-akalnya.html
Makin
berganjak usiaku,
Makin
besar ujianku, menguji tahap kematanganku.
Mereka
datang bersilih ganti dalam hidupku,
ada
ketika ianya hadir hanya seketika,
ada
ketika hadirnya menguji hati ini dengan ragamnya, ada yang menyakitkan hati,
ada buatkan kita rimas, ada yang buatkan kita rasa tertekan dan hari-hari penuh
dengan emosi.
Ada yang
hadirnya bagaikan parasit menumpang ketika perlu. Ketika di saat senang, ketika
susah.
Untuk
baca lebih lanjut di : http://www.akupenghibur.com/2018/01/Hadirnya-seseorang-itu-adalah-asbab-untuk-kita-dekat-dengan-pencipta-kita.html
Raya tiba
raya tiba !
Bagaimana
persiapan raya kamu semua ?
Alhamdulilah,
semua sudah selesai.Baju selesai cuma tinggal kasut sahaja. Penangan viral
selipar yang di pakai oleh Tun Mahathir jenama Bata, aku pun terikut mencari
selipar tersebut. Aku pergi ke branch Kota Tinggi, girangnya hati ada stok
selipar tersebut.
Masuk
tujuan nak beli selipar saje tapi mata terarah ke kawasan kasut lelaki. Dengan
penuh mesra juru jual bagitahu itu antara koleksi Hari Raya 2018.
Untuk
baca lebih lanjut di : http://www.akupenghibur.com/2018/05/Viral-Selipar-Bata-Tun-Mahathir-Koleksi-Bata-Hari-Raya-2018.html
Jodoh dengan memberi kasih sayang
sangat bermakna,
Bagaimana ?
Memberi dengan doa,
doa untuk kebahgiaan dia dan kita,
Doa agar Allah selamatkan kita dan semoga bertemu dengan jodoh yang baik,
Doa adalah bahasa yang sederhana dalam kita mencintai,
dengan memberi kita tidak akan pernah rasa kurang, malah akan bertambah lebih rasanya.
Bagaimana ?
Memberi dengan doa,
doa untuk kebahgiaan dia dan kita,
Doa agar Allah selamatkan kita dan semoga bertemu dengan jodoh yang baik,
Doa adalah bahasa yang sederhana dalam kita mencintai,
dengan memberi kita tidak akan pernah rasa kurang, malah akan bertambah lebih rasanya.
Sedang rancak kami berborak soal jodoh ! tiba-tiba di datangi..
Untuk baca lebih lanjut
di : http://www.akupenghibur.com/2018/12/hidup-akan-lebih-berbahagia-dengan-memberi.html
0 Ulasan