Tidak semua pekara di dunia ini dapat kita miliki. Begitu juga cinta, ianya kadang tidak termiliki.
Walaupun sekuat mana kita mendesak, walau segigih mana kita melawan,
walau sedekat mana jarak kita,
walau seyakin mana dia milik kita,
andai Allah berfirman kun fa kun,
Segalanya jelas.
Tetapi apabila Dia berkehendak,
Tiada yang mustahil bagi kita.
Takdir itu diciptakan khas untuk kita, walau sekuat mana kita cuba merubahnya tetapi pengakhirannya yang sama.
Aku juga di uji sedemikian rupa,
Bertahun bercinta,ditiggalkan dan dia kawin dengan kawan baik aku sendiri.
Bercinta lagi, tetapi Allah lebih sayangkan dia. Sekujur tubuh yang tak bernyawa itu menjadi ingatan terakhir untuk aku. Dia pergi tinggalkan aku bertemu penciptaNya.
Bertemu dengan seseorang yang baik akhlaknya, tetapi di halangi oleh keluarganya. Kerana keluarganya telah ada pilihan sendiri seorang ustaz dan katanya aku tidak layak untuk anaknya.
Bertemu lagi, seseorang yang ada ketika kesunyian hadir, aku yakin di calon isteri aku. Tetapi di halangi ibunya kerana tidak sekufu dengan keluarganya.
Aku tidak pernah salah Allah, aku tidak pernah salahkan takdir. Kerana aku percaya segalanya disusun rapi untuk aku.
Untuk aku jaga mak, untuk aku bahagia mak dan bantu adik-adik.
Jangan biarkan hati kamu penuh dengan keraguan pada tuhanmu. Kerana tuhanmu mahu yang terbaik untuk kamu.
Cukuplah jangan mencintai manusia melebihi apa pun, selain kita harus mencintai Allah dengan segenap hati.
Biarkan orang di sekeliling berkata-kata sesuka hati mereka.
Ingat !
Seekor lalat, walaupun masuk ke taman dipenuhi bunga, tetap dicarinya tahi.
Seekor semut, walaupun dicampak ke tong sampah busuk, tetap dicarinya gula yang manis.
Pilih.
Pesanan untuk kita semua, hidup ini ingatlah pada pesanan Rasulullah. "Speak good or remain silent."
Stop kejar cinta manusia,
Start kejar cinta Allah.
Dekati Allah,
Dia hadirkan ujian dan dia juga yang bantu kita untuk selesaikannya.
Seperti kisah tauladan ketika Zulaikan mengejar cinta Yusuf,makin jauh Yusuf dariNya. Ketika Zulaika mengejar cinta Allah, Allah datangkan Yusuf kepadanya.
Jangan lupa jaga solat,
Jika kita lewatkan solat , Allah akan lewatkan kita daripada :
1. Jodoh
2. Rezeki
3. Kejayaan
4. Doa
Pesanan untuk diri sendiri acik juga.
2 Ulasan
Btw, jemput datang join segmen bloglist Myra yang pertama! :D
Myra | The Grey Lines Between Segment | Blog List For the First Half of 2019
in sya allah
jodoh tu ada tak akan
kemana-mana..