Ticker

6/recent/ticker-posts

Ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang maka Allah timpakan ke atas kamu pedihnya sebuah pengharapan, supaya kamu mengetahui bahwa Allah sangat mencemburui hati yang berharap selain Dia.


Assalamualaikum

2019 telah tiba, maka semangat yang baru untuk tahun yang baru.Harus lebih yakin diri dan semangat dengan apa juga keputusan yang kita buat.Maka berderetlah azam untuk nikah tahun ini termasuklah aku.


(iklan) Nak cari jodoh jom daftar di sini --> cari jodoh

Tetapi apa yang aku takutkan apabila terlalu berharap itulah yang Allah uji.
Terjadi pada diri aku dan orang disekeliling aku. 
Di mana satu ketika kita berkenal rapat, walaupun kita menjaga adab dan pergaulan. 
Makan bersama, keluar bersama, menonton wayang bersama, rajin bertemu.
Rasa kita untuk memperkuatkan hati untuk menyatukan hati kita dan dia. 
Setiap hari kita bertelefon dengan dia, mendengar suara dia.
Kerap berjumpa tapi akhirnya kerana hal-hal yang kecil boleh terpisah
Dan dia berkahwin dengan orang lain. 
Sedih, memang pasti. 

Tapi itulah hakikatnya Allah uji dengan apa yang kita suka dan sayang.

"Ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang maka Allah timpakan ke atas kamu pedihnya sebuah pengharapan, supaya kamu mengetahui bahwa Allah sangat mencemburui hati yang berharap selain Dia. Maka Allah menghalangimu dari perkara tersebut agar kamu kembali berharap kepada-Nya." (Imam Syafi'i).

Tahukah bahwa rasa kecewamu, rasa sakit hatimu, rasa sedihmu itu kerana kamu terlalu berharap pada seseorang, kerana kamu menaruh harapan yang terlalu tinggi pada seseorang, hingga kamu lupa kepada siapa seharusnya kamu gantungkan harapanmu itu. Aku pernah merasakan seperti itu juga, bukan hanya sekali, tapi berkali-kali kawan, kecewa bahawa apa yang aku pikirkan tak berujung sama, bahawa apa yang aku lakukan tak sesuai dengan hasil yang aku fikirkan. Aku sempat bertanya kenapa? Hingga ku temukan jawabannya, semua itu tentang harapan, kerana aku menggantungan harapan yang terlalu tinggi pada seseorang, berkhayal yang berlebihan, berangan-angan, hingga aku lupa pada siapa seharusnya ku gantungkan harapanku. Jangan salahkan pada situasi, tapi lihat kedalam hatimu, pada siapa kamu berharap? Kerana tahukah kawan ketika kita berharap kita juga sedang berdoa, dan kepada siapa kita harus meminta, kepada siapa kita harus berdoa?. Percayalah kawan, rasa kecewa itu kamu sendiri yang menciptakan, rasa kecewa, rasa sedih itu muncul ketika kamu menaruh harapan yang tinggi pada seseorang.  

Kita tengah berjuang mengalahkan perasaan kita dengan keimanan, sebuah ketundukan dan ketaatan dalam ketetapan-Nya. Kita berjuang untuk melepaskan angan-angan dan harapan yang salah bersandar. Kita berjuang mengembalikan hati kita dalam genggam-Nya, semoga Allah menyelamatkan orang-orang yang lemah kerana jatuh cinta. Kita percaya, kita tidak akan dibiarkan tersesat oleh-Nya. Rasa cinta-Nya selalu mampu mengalahkan kekhawatiran dan ketakutan kita. 

Satu pekara yang paling penting, jagalah hubungan dengan ALLAH.   

Bila kau jaga hubungan kau dengan pencipta. Orang datang dan pergi pun kau rasa tak akan kecewa kerana kau yakin semua aturan atas kehendaknya. Dia tahu mana yang terbaik untuk kau.

Ajarlah hati setiap hari untuk:

 1. Senyum setiap hari 
2. Redha ujian diberi 
3. Sabar bila dikeji 
4. Istighfar pada Ilahi 
5. Rendah diri bila dipuji 
6. Kuat bila diuji 
7. Istiqamah perbaiki diri
 8. Selalu ingat mati". 

Kadang-kadang kita tidak pernah faham apa yang Allah cuba aturkan untuk kita . Tidak pernah tahu apa yang Allah sediakan untuk kita dimasa hadapan . Tetapi , percayalah suatu saat kita kena yakin jalan pilihan Allah ini akan indah pada waktunya.

 


Catat Ulasan

2 Ulasan

paridah berkata…
niat mencintai dgn ikhlas isyaaAllah
Unknown berkata…
Ku redha dgn ujian Allah..