Assalamualaikum
2019 telah tiba, maka semangat yang
baru untuk tahun yang baru.Harus lebih yakin diri dan semangat dengan apa juga
keputusan yang kita buat.Maka berderetlah azam untuk nikah tahun ini
termasuklah aku.
(iklan) Nak cari jodoh jom daftar di sini --> cari jodoh
Tetapi
apa yang aku takutkan apabila terlalu berharap itulah yang Allah uji.
Terjadi
pada diri aku dan orang disekeliling aku.
Di
mana satu ketika kita berkenal rapat, walaupun kita menjaga adab dan
pergaulan.
Makan
bersama, keluar bersama, menonton wayang bersama, rajin bertemu.
Rasa
kita untuk memperkuatkan hati untuk menyatukan hati kita dan dia.
Setiap
hari kita bertelefon dengan dia, mendengar suara dia.
Kerap
berjumpa tapi akhirnya kerana hal-hal yang kecil boleh terpisah
Dan
dia berkahwin dengan orang lain.
Sedih, memang pasti.
Tapi itulah hakikatnya Allah uji dengan
apa yang kita suka dan sayang.
"Ketika hatimu terlalu berharap
kepada seseorang maka Allah timpakan ke atas kamu pedihnya sebuah pengharapan,
supaya kamu mengetahui bahwa Allah sangat mencemburui hati yang berharap selain
Dia. Maka Allah menghalangimu dari perkara tersebut agar kamu kembali berharap
kepada-Nya." (Imam Syafi'i).
Tahukah bahwa rasa kecewamu, rasa sakit
hatimu, rasa sedihmu itu kerana kamu terlalu berharap pada seseorang, kerana
kamu menaruh harapan yang terlalu tinggi pada seseorang, hingga kamu lupa
kepada siapa seharusnya kamu gantungkan harapanmu itu. Aku pernah merasakan
seperti itu juga, bukan hanya sekali, tapi berkali-kali kawan, kecewa bahawa
apa yang aku pikirkan tak berujung sama, bahawa apa yang aku lakukan tak sesuai
dengan hasil yang aku fikirkan. Aku sempat bertanya kenapa? Hingga ku temukan
jawabannya, semua itu tentang harapan, kerana aku menggantungan harapan yang
terlalu tinggi pada seseorang, berkhayal yang berlebihan, berangan-angan,
hingga aku lupa pada siapa seharusnya ku gantungkan harapanku. Jangan salahkan
pada situasi, tapi lihat kedalam hatimu, pada siapa kamu berharap? Kerana
tahukah kawan ketika kita berharap kita juga sedang berdoa, dan kepada siapa
kita harus meminta, kepada siapa kita harus berdoa?. Percayalah kawan, rasa
kecewa itu kamu sendiri yang menciptakan, rasa kecewa, rasa sedih itu muncul
ketika kamu menaruh harapan yang tinggi pada seseorang.
Kita tengah berjuang mengalahkan
perasaan kita dengan keimanan, sebuah ketundukan dan ketaatan dalam
ketetapan-Nya. Kita berjuang untuk melepaskan angan-angan dan harapan yang
salah bersandar. Kita berjuang mengembalikan hati kita dalam genggam-Nya,
semoga Allah menyelamatkan orang-orang yang lemah kerana jatuh cinta. Kita
percaya, kita tidak akan dibiarkan tersesat oleh-Nya. Rasa cinta-Nya selalu
mampu mengalahkan kekhawatiran dan ketakutan kita.
Satu pekara yang paling penting,
jagalah hubungan dengan ALLAH.
Bila kau jaga hubungan
kau dengan pencipta. Orang datang dan pergi pun kau rasa tak akan kecewa kerana
kau yakin semua aturan atas kehendaknya. Dia tahu mana yang terbaik untuk kau.
Ajarlah hati setiap hari untuk:
1. Senyum setiap hari
2. Redha ujian diberi
3. Sabar bila dikeji
4. Istighfar pada Ilahi
5. Rendah diri bila dipuji
6. Kuat bila diuji
7. Istiqamah perbaiki diri
8. Selalu ingat mati".
Kadang-kadang kita tidak pernah faham
apa yang Allah cuba aturkan untuk kita . Tidak pernah tahu apa yang Allah
sediakan untuk kita dimasa hadapan . Tetapi , percayalah suatu saat kita kena
yakin jalan pilihan Allah ini akan indah pada waktunya.
2 Ulasan