Ticker

6/recent/ticker-posts

Tetapi manusia itu jatuh cinta kepada seseorang kerana 3 sebab ini.


Assalamualaikum

Duhai petadbir alam,
Sampai rindu padanya yang tak pernah ku ketemui dan tak pernah aku bersua dengannya.
Siapa pun dia aku terima dengan hati yang terbuka kerna itu  yang terbaik untukku,
Ya rab penantian ini jedanya menguji iman,
Pertemukan dengan sebaik pertemuan.

Segalanya penuh rahsia yang rapi. Orang yang paling kita cinta, boleh jadi orang yang paling kita benci. Dan orang yang paling kita benci boleh jadi orang yang paling kita sayang.

Semuanya kerana apa ? 

Kerana hati kita berbolak balik, dan Allah yang mengengam perasaan dan hati kita.

Allah hamparkan kasih sayangnya melalui pelbagai perasaan. Pernah terluka, pernah bahagia, pernah ketawa, pernah bersedih.

Perasaan itu yang mendidik jiwa untuk lebih kuat, matang dan dewasa.

Tetapi manusia itu jatuh jatuh cinta kepada seseorang kerana 3 sebab ini.

Pertama : Jatuh cinta kerana rupa paras seseorang itu.

Bohonglah kalau ada yang tak mengaku. Mereka akan menilai dari rupa paras kita, penampilan kita barulah seterusnya hati nya. Kerana dari itu mulalah proses perkenalan hati ke hati. Orang kata dari mata ke hati.

Kedua : Kerana akhlaknya yang baik

Ada orang lama memerhatikan seseorang yang dia suka. Ada orang suka dengan cara dia bercakap penuh dengan hikmah,ada orang suka budi pekerti dia dengan orang tua dan sebagainya. Kerana akhlaknya buat kita jatuh cinta. 

Ketiga : Kerana dia telah banyak membantu dan berbuat baik dengan kita.

Kerak nasi kalau lama-lama di rendam air pasti lembut juga. Begitu juga kita, kita dah lakukan bermacam-macam dengan dia. Tetapi dia tetap setia dengan kita, selalu ada dengan dia. Waktu kita susah dan senang. 

Allahurabi perasaan sayang itu datang tanpa di duga.

Tetapi tidak semua beruntung ada yang telah ditentukan oleh keluarga.

Maka bertabahlah, mak ayah kita mahu yang terbaik untuk kita.

 Andai dalam penantian , teruskan bersabar dalam menanti jodoh yang masih sesat lagi.

Paling penting selalu bersangka baik dengan Allah. Acik menaip ini sebenarnya untuk menasihati diri sendiri yang banyak kekurangan. Semoga yang hadir nanti melengkapi kekurangan yang ada.

Catat Ulasan

2 Ulasan

dorsett pink berkata…
betul - Paling penting selalu bersangka baik dengan Allah walaupun jodoh lambat tiba. Perkongsian yang bagus acik.
Rendi Febriandi berkata…
Saya pikir manusia jatuh cinta karena secara fisik seseorang itu sangat menarik hati (Cantik atau cakap). Namun Allah SWT telah menetapkan jodoh untuk setiap manusia jauh hari sebelum Dia menciptakan manusia tersebut. Dunia hanya sementara, sedangkan akhirat merupakan negeri yang kekal. Pilihlah akhirat jika kamu ingin beruntung. Lowongan Kerja