Assalamualaikum
Setiap insani tidak terlepas dari ujianNya, lebih lagi soal hati dalam mencari pasangan hidup. Rezeki , jodoh, ajal dan pertemuan itu rahsia Allah yang tersimpan rapi untuk kita. Allah hamparkan kasih sayang mengikut kemampuan kita dan segalanya bersebab.
Bacalah surat dari Arafah ini yang memberikan motivasi kepada kita bersabar menanti kehadiran yang tidak berkunjung tiba. Allah tahu yang terbaik untuk kita.
#suratdariArafah
"saya nak sangat bawa awak ke sini"
Saya tahu, kenapa Allah masih belum temukan saya dengan awak (isteri). Saya tahu semua kekecewaan yang saya lalui selama saya mencari awak adalah bersebab. Dan kerana itu saya yakin yang Allah sedang aturkan pertemuan yang lebih indah buat kita..
Awak tahu, bilamana Allah masih tidak menemukan kita, saya sedar sebenarnya Allah sedang beri ruang pada saya untuk lebih meneliti pada rezeki saya yang lainnya. Dari situ, saya dapat tumpukan pada karier saya walaupun tidak seberapa. Dengan peluang yang Allah beri itu, dapat saya berbakti untuk ibu dan bapa. Alhamdulillah, mereka redha dengan apa yang saya buat. Semoga bila berjumpa dengan awak nanti, ibu bapa kita masih dan sentiasa redha dengan kita...
Ketika Allah masih tidak menemukan kita, ketika itu saya sentiasa tahu yang semua ini membuatkan saya lebih menghargai insan-insan disekeliling saya. Baik dari ahli keluarga, sahabat-sahabat , mahupun
seluruh kenalan saya. Mereka inilah sebagai pelengkap hidup saya sebelum
saya jumpa awak, dan mereka jugalah yang banyak membantu saya dalam
urusan hidup saya. Mungkin orang lain nampak saya kuat dalam berhadapan
dengan segala hal. Tetapi ada hal-hal tertentu yang saya perlukan awak
berada disisi saya untuk saya hadapinya. Jujur saya beritahu, saya yang
kecik manja ni memang tak kuat bila seorang diri. Semoga bila awak
berada dengan saya nanti, akan membuatkan saya lebih kuat dan lebih
menghargai segala insan disekeliling saya...
Saya pernah mengeluh, mengapa bila saya cuba mencari awak untuk berada dekat dengan awak, pada masa yang sama saya rasa awak jauh sangat dari saya. Rupa-rupanya itu adalah ujian Allah buat saya supaya saya lebih dekat pada Dia. Kerana saya adalah seorang pendosa, dan setiap dosa yang saya lakukan mungkin menjadi asbab kepada jauhnya jodoh antara kita. Begitu baiknya Allah yang memberi kesempatan ini dan menyedarkan saya untuk memperbaiki diri sebelum saya berjumpa awak. Semoga nanti bila awak berasa disisi saya, membuatkan saya lebih dekat lagi dengan Allah...
Selama saya mencari awak, banyak ujian yang saya lalui. Mungkin semua itu Allah hadirkan sebagai wadah untuk saya menjadi lebih matang. Atau mungkin ianya adalah cara bagaimana Allah mahu saya mempersiapkan diri saya sebelum berjumpa awak. Agar saya lebih menghargai awak dan agar nanti awak lebih tenang dan gembira disisi saya...
Saya nak sangat tahu awak siapa. Tapi awak masih lagi dalam rahsia Allah. Ya, walau siapa pun awak, saya doakan agar awak ditetapkan hati supaya sentiasa sabar dan setia menanti untuk saya. Semoga awak sentiasa sihat, dilapangkan hati, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan, dijauhkan dari segala kejahatan dan sentiasa berada di dalam rahmat kasih sayang Allah...
Saya selalu menantikan kehadiran awak. Andai sempat nanti kita berjodohan di dunia, saya nak bawa awak ke sini. Di Jabal Rahmah (bukit kasih sayang) ini nanti, kita sama-sama singkap kembali sejarah pertemuan semula Nabi Adam AS dan Siti Hawa. Dan semoga detik itu nanti juga menjadi titik permulaan pahit manis hidup kita berdua...
Saya nak sangat bawa awak ke sini.🌷
Kredit : -Ameer Firdaus-
*Seluruh ayat yang aku karang hari ni sangat berat bagi aku.
"saya nak sangat bawa awak ke sini"
Saya tahu, kenapa Allah masih belum temukan saya dengan awak (isteri). Saya tahu semua kekecewaan yang saya lalui selama saya mencari awak adalah bersebab. Dan kerana itu saya yakin yang Allah sedang aturkan pertemuan yang lebih indah buat kita..
Awak tahu, bilamana Allah masih tidak menemukan kita, saya sedar sebenarnya Allah sedang beri ruang pada saya untuk lebih meneliti pada rezeki saya yang lainnya. Dari situ, saya dapat tumpukan pada karier saya walaupun tidak seberapa. Dengan peluang yang Allah beri itu, dapat saya berbakti untuk ibu dan bapa. Alhamdulillah, mereka redha dengan apa yang saya buat. Semoga bila berjumpa dengan awak nanti, ibu bapa kita masih dan sentiasa redha dengan kita...
Ketika Allah masih tidak menemukan kita, ketika itu saya sentiasa tahu yang semua ini membuatkan saya lebih menghargai insan-insan disekeliling saya. Baik dari ahli keluarga, sahabat-sahabat

6 Ulasan