Assalamualaikum
Ramai anak muda nak jadi seorang usahawan, berniaga produk sendiri mahupun permulaan berniaga produk orang lain. Tapi sayang mereka cepat putus asa,cepat mengalah kerana apa yang telah ditetapkan dalam minda mereka bahawa berjaya harus dapat terus dapat keuntungan yang melipat kali ganda. Terus berhenti berniaga, padahal peluang terbuka luas.
Hakikatnya pemikiran itu salah, kita nak jadi usahawan kita juga perlu ilmu.
Ada juga yang ada produk tetapi mereka tak tahu bagaimana utnuk memasarkan produk mereka sehingga limpahan produk yang tidak terjual.
Segalanya perlu ilmu, ruang dan peluang.
Salah satu usaha melalui BioUsahawan 2019.
Diusahakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MOA)
dan Perbadanan Pembangunan Bioekonomi Malaysia (Bioeconomy Corp).
BioUsahawan 2019 menjanjikan acara yang menarik untuk pengguna dan pedagang, di
antaranya pameran dan demonstrasi produk oleh usahawan tempatan dan luar
negara, sesi padanan perniagaan (business matching), sesi “pitching” perniagaan
(business pitching – BioPitch), perkongsian ilmu oleh selebriti, pakar industri
dan tokoh masyarakat (pocket talk/panel session/forum) dan perkongsian
pengalaman melalui #BIOCHAT bersama eFM
di mana boleh diakses di bawah satu saluran.
Rugi kalau tidak ambil kesempatan dan peluang untuk sertai BioUsahawan.Apa tujuan BioUsahawan 2019 ?
Tujuan utama adalah untuk :-
• menggalakkan jualan produk dan perkhidmatan dalam industri agro, bio dan selainnya
• memberi pendedahan dan peluang kepada usahawan tempatan, startup serta PKS untuk mengembangkan rangkaian perniagaan di dalam dan luar negara
• meningkatkan kepercayaan dan kesedaran tentang produk-produk tempatan yang selamat, berkesan dan berpatutan
• menghubungkan usahawan dan pemain industri tempatan dengan orang awam
• menyebari maklumat mengenai teknologi dan keselamatan makanan
Pada acik ianya sangat bagus kerana terdapat zon mengikut bidang berdasarkan produk dan perkhidmatan kamu pertaruhkan.Jadi para peserta boleh mengambil bahagian dalam 3 segmen utama di BioUsahawan 2019.
I. Bio-Based (Zon Oren)
• Syarikat, produk dan perkhidmatan BioNexus
• Kesihatan dan penjagaan diri
• Kosmetik
• Bioteknologi
• Produk dan perkhidmatan biodegradasi (biodegradable)
• Produk dan perkhidmatan kelestarian (sustainability)
II. Agro-Based (Zon Hijau)
• Teknologi agro (agrotech)
• Hortikultur
• Akuakultur
• Pertanian dan penternakan
• Pertanian bandar (urban farming)
• Keselamatan dan teknologi makanan
III. Entrepreneurship (Zon Kelabu)
• Halal
• Makanan dan minuman (agroculinary)
• Pembiayaan (bank dan institusi kewangan)
• Perdagangan (trading)
• Pengeluar dan pembekal (termasuk OEM)
• Business pitching
Siapa yang patut mengambil bahagian dalam BioUsahawan 2019 ?
Tentulah Usahawan persendirian ,Syarikat permulaan
(startups) ,Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (PKS) ,Syarikat perniagaan
berdaftar,Pengeluar dan pembekal (termasuk OEM),Koperasi , Agensi kerajaan, penyelidik dan pelabur. Paling penting ianya
terbuka kepada peserta tempatan dan luar negara.
Manfaat-manfaat kepada peserta/pempamer yang menyertai di BioUsahawan 2019 :
• mendapatkan pembiayaan dan sokongan dari pelbagai pihak, termasuk bantuan dari Kerajaan, institusi kewangan, agensi dan pemain industri bagim engembangkan perniagaan usahawan
• meluaskan jenis/basis pelanggan (customer base)
• menyerlahkan penjenamaan (branding) dan profil/visibiliti produk/syarikat
melalui bual bicara secara siaran langsung dengan eFM/#BIOCHAT dan demonstrasi produk
• mendapatkan petua, nasihat dan hack yang hebat oleh pakar industri, tokoh masyarakat dan selebriti bagi mengembangkan dan mengekalkan perniagaan.
• menjalinkan kerjasama (partnership) strategik untuk memperkasakan perniagaan/bidang keusahawanan
• mengukuhkan kepakaran dan kemahiran untuk menjayakan
perniagaan/bidang keusahawanan
Ingat ya acara akan berlangsung pada 15 dan 16 Mac 2019 di Pusat Konvensyen
Kuala Lumpur.
Sesiapa yang berminat untuk mengetahui tentang acara BioUsahawan 2019 dengan lebih lanjut bolehlah melayari laman web di http://www.bioeconomycorporation.my/biousahawan-2019/ atau mengikuti dilaman sosial seperti berikut:-
i.Facebook:www.facebook.com/BioeconomyCorporation)
ii. Twitter: twitter.com/bioeconomycorp
iii.Instagram:www.instagram.com/biousahawan/
Untuk pertanyaan tentang pameran, sila hubungi:
biousahawan@bioeconomycorporation.my
Cik Marlia: +603 2116 5471 / +6012 364 8179
Cik Norma: +603 2116 5442 / +6011 222 6384
Klik di sini untuk RISALAH dan PELAN SUSUN ATUR DEWAN
Sertai pameran dan boleh dapat hadiah yang menarik daripada Hotel Ibis ?
Iya!caranya mudah sahaja untuk menyertai peraduan ini, sila:
1. Daftar dan buat bayaran sebagai pempamer di BioUsahawan 2019 dengan mengisikan
butiran di RISALAH dan emel kepada
biousahawan@bioeconomycorporation.my
2. Jawab soalan selidik di ini.
3. Pemenang akan diumumkan oleh Bioeconomy Corp sebelum 15 Mac 2019.
Hadiah-hadiah boleh dituntut di acara BioUsahawan 2019 pada 15 Mac 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Hadiah Utama:
1x Baucar Penginapan Percuma di Bilik Standard untuk 2 Hari 1 Malam di Hotel
ibis KLCC untuk 2 orang, termasuk Sarapan Pagi (bernilai RM248++)
Hadiah Kedua:
1x Baucar Bufet Hi-Tea pada Hujung Minggu untuk 1 orang di Kampung Kitchen, ibis KLCC (bernilai RM68nett).
Jadi apa tunggu lagi ? Jom jadi sebahgian peserta pameran untuk perkembangkan produk-produk anda sambil tu boleh menang hadiah yang menarik !
3 Ulasan
hello beiibbyyy ,,,,,,
ni kita bocorin sdkt rahasia yaaaa,,,hmmm,, ap ya kira"? hehehe
RAHASIANYA ,,,, ad promo loh di WWW.FANSBETTING..CO
nah untuk itu bisa langsung add aj kontak kmi dan bertny" lebih lanjut untuk info PROMONYA ya
>>>fansbetting<<<BBM : 5EE80AFE ^o^
WA @ +855 963 156 245
line @ fansbetting
wechat @ fansbetting
bersama dengan kami CS fansbetting
kami ucapkan semat siang dan selamat beraktifitas ya guyssssssss thankyouuuuu ^O^