Hati sifatnya selalu degil,
Degil dengan kemahuaannya,
Berkeras, memaksa keadaan sehingga dia sendiri mampu merana.
Berpaksi kepada nyata,
Bahawa segala ketentuan Allah itu terbaik untuk kita.
Bila bicara soal hati, sifatnya berbolak balik. Cepat merasa sayang, cepat rasa suka, sehingga melakukan apa jua yang dia rasa betul. Pertahankan cinta, sanggup hilang keluarga, sanggup hilang harga diri, sanggup hilang Allah kerana cinta.
Hakikatnya jangan melawan takdir Allah. Andai dia jodoh kita, pasti akan bersama dan andai bukan akan dipisahkan dengan sehalus cara.
Apa yang selalu acik buat jika mahu kenal dengan seseorang itu aku buat istikarah. Istikarah untuk memohon petunjuk Allah.
Kadang Allah hadirkan keyakinan hati untuk kita terus kenal dia atau tidak dan pernah itu tanpa sebab apa kita dijarakkan.
Bila rasa kita belum ada ikatan yang sah, tiba-tiba rasa banyak halangan. Bila dengan dia kita sering rasa serabut, ada je pekara tak kena.
Cubalah semak dulu, apa pekara yang tak betul. Rasa terlalu banyak sebab untuk kita tidak bersama dia.
Muasabah diri,
Mungkin orang lain jodoh kita.
Dan aku pernah lalui, kami merancang berkahwin, tetapi dia kawin dengan orang lain.
Terbaru minta hantara 20 ribu, terpisah kerana wang ringgit. Pelbagai cara tanpa kita sedari.
Acik lebih mengikuti saranan mak kerana Ingat dalam dunia ini ada 2 pekara penting berkaitan dengan doa ibu bapa kita. Pertama ibu bapa pastikan akan mendoakan yang baik-baik untuk kita dan doanya di makbulkan Allah, Kedua jika kita buat hati mereka terguris dan mereka medoakan kecelakaan hidup kita maka hidup kita tak akan aman .. Acik pegang pada itu ,jangan kerana cinta kita sanggup buang mereka.
3 Ulasan