Hati kita sifatnya berbolak balik.Dalam kita mencintai kadang ada perasaan sakit hati, benci dan kecewa. Hati ini kena tanggung segalanya.
Begitu juga iman kita ada turun dan naiknya. Ada ketika naik meninggi ada kalanya jatuh menjunam.
Begitu soal kepercayaan pada jodoh kita. Ketika kita mendekatkan diri kepadaNya.Hati kita percaya segenap hati percaya Allah akan berikan jodoh kita. Ada ketika kita meragui adakah jodoh kita ?
Ada ketika kita keraskan hati bahawa dia jodoh kita. 10 tahun aku bersama dia, dia pasti jodoh aku !! itu noktah !
KETIKA JIWA KITA GELORA MERANCANG ,ALLAH SEDANG MERANCANG SESUATU yang terbaik untuk kita. Di takdirkan berpisah menghadap ilahi.
Hati kita
Firman Allah swt :
“Dan Kami bolak-balikkan hati mereka dan penglihatan mereka.”(QS Al-An’am: 110)
Sesungguhnya soal hati ini bukan hanya libatkan perasaan kita tetapi segenap seluruh kehidupan kita.
Bila dengar ceramah begitu bersungguh kita tekad untuk solat magrib ikut waktu. Tapi tergoda keasyikan cerita di televisyen petang-petang. Buatkan kita lambat nak tunggu habis cerita.
Hati kita sering mengikut keadaan dan perasaan semasa. Sebab itu kita kena yakinkan dan sirami dengan zikir memuji nama Allah agar ketetapan hati kita selalu dengan Allah.
Hati bagaikan bulu ayam yang tergantung di atas pokok yang dibolak-balikkan oleh angin sehingga bahagian atas terbalik ke bawah dan bahagian bawah terbalik ke atas. Demikianlah yang di sabdakan oleh Rasulullah saw :
“Hati dinamakan ‘qalb’ kerana sifatnya yang cepat berubah. Hati itu bagaikan bulu (ayam) yang tergantung di atas sebuah pokok, yang dibolak-balikkan oleh angin sehingga bahagian atas terbalik ke bawah dan bahagian bawah terbalik ke atas.” (HR Ahmad)
Bahkan dalam hadits lain hati berubah sangat cepat melebihi perubahan air yang sedang mendidih.
Rasulullah saw pernah bersabda :
“Sesungguhnya hati anak cucu Adam lebih cepat perubahannya dari periuk yang berisi air mendidih.” (HR Ahmad)
Perubahan hati terserlah pada tutur kata dan kewujudan perbuatan yang dilakukannya. Oleh yang demikian, kita tidak perlu hairan, jika kita menjumpai orang yang sering bersilat lidah atau orang yang tidak memberi sepenuh komitmen dengan janji yang ia ucapkan.
Namun, walaupun keberadaan hati sentiasa berubah terus, bagi seorang mukmin, hendaknya ia berusaha menjaga dan merawat kebersihan hati dari penyakit yang hendak merusakkannya.
Jadi kembalikan hati kepada Allah, yakinilah dengan ketetapan Allah. InshaAllah ada yang jodoh yang baik.Bersangka baik dengan Allah.
Untuk kita yang sedang muhasabah diri, baiki diri.Sabar dan jangan terlalu dengar kata-kata orang.
Moga Hati Kita semua teguh,Kalau boleh disetiap solat. Selitkanlah Doa ini..
"Ya muqollibal quluub tsabbit qolbi ‘alaa diinik (Wahai Dzat yang Maha Membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu).”
Untuk kita yang sedang muhasabah diri, baiki diri.Sabar dan jangan terlalu dengar kata-kata orang.
Moga Hati Kita semua teguh,Kalau boleh disetiap solat. Selitkanlah Doa ini..
"Ya muqollibal quluub tsabbit qolbi ‘alaa diinik (Wahai Dzat yang Maha Membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu).”
0 Ulasan