Aku
tahu susah menerima seseorang yang baru di kenali dalam hidup kita.
Patah tumbuh hilang tak berganti. Minda ini bukan mudah lupakan
seseorang yang pernah bertahta di hati.
Hati ini masih belum lagi pulih luka yang lama. Sukar hanya pernah merasai akan ketahui.
Umur
semakin meningkat, putus cinta berkali-kali kesian kat hati segalanya
dia tanggung. Bila kita sukakan seseorang itu orang itu pula tiada
perasaan dengan kita. Bila kita sedang kecewa banyak pula yang menduga.
Tetapi
tidak patut di salahkan takdir sedangkan Allah tahu yang terbaik untuk
kita. Hanya kita terlalu terburu-buru , hanya kita yang memberontak
untuk dapatkan orang kita ingini sedangkan Allah ada perancangan terbaik
untuk kita.
Kadang
kala kita perlu buka ruang dan peluang orang lain untuk masuk dalam
hidup kita. Tak semestinya dia mesti kacak/cantik kaya raya dan Mrs/Mr
Perfect tapi cukuplah seadanya dan sederhana perwatakannya. Kata orang
sedap mata memandang.Belajarlah menerima ketidaksempurnaan seseorang
itu.
Paling utama pilihlah kerana agamanya kerana bila dia tahu tentang agamanya inshaAllah yang lain juga terjaga.
Bilamana
seseorang itu meletakkan Allah segalanya. InshaAllah cinta itu akan di
pelihara. Belajarlah menerima seseorang itu seadanya, boleh jadi dialah
jodoh kita yang telah di tetapkan oleh Allah.
Muka mata luas-luas kadang dia ada sekeliling kamu ,selalu bagi semangat kepada kamu. Cuma kadang kita tak sedar.
Paling penting selalu berdoa.
Angkatlah kedua tanganmu
Ya
Allah, temuikan aku dengan seseorang yang mampu menerima aku &
keluargaku seadanya serta menjadi pelengkap kepada kepada kekuranganku
dan kuatkan cinta kami hanya keranamu ya Allah.
Cantik dan handsome itu relatif, Kesempurnaan fisik tidak menjadi jaminan seorang
perempuan atau lelaki terlihat cantik dan handsome. Keperibadian justeru membuat seseorang lebih
menarik. Kecantikan fisik boleh memudar, tetapi keperibadian akan
bertahan. Jika kita ingin sempurna, belajarlah menerima
ketidaksempurnaan kita kerana cantik itu tidak sempurna, yang
menyempurnakan kecantikan adalah mata yang memancarkan keindahan dan
ketulusan hati.
2 Ulasan