Ticker

6/recent/ticker-posts

Kebenaran Sebalik Viral Tabung Zakat Selangor mengutip sumbangan dia tempat orang awam

 
Assalamualaikum

Lembaga Zakat Selangor merupakan pusat Zakat yang paling aktif di media sosial. Memberi penerangan dan pendekatan yang baik pada masyarakat. Walaupun acik anak Jati Johor, tapi acik sangat suka mengikuti apa yang Lembaga Zakat Selangor lakukan.

Sebarang isu yang viral dimedia sosial cepat dan tepat menjawab segala persoalan.  

Lembaga Zakat Selangor (MAIS) yang ditubuhkan 20 tahun lalu, begitu sinonim dengan pengurusan zakat di Negeri Selangor. Sebagai institusi zakat yang memegang amanah, LZS (MAIS) terus komited menguruskan dan memanfaatkan potensi kutipan zakat serta memastikan pengagihan zakat yang dilaksanakan efisien, efektif dan berkesan selaras dengan tuntutan syarak.

Viral Tabung Zakat Selangor mengutip sumbangan dia tempat orang awam.

adakah benar hal ini terjadi ?  Jangan cepat menilai dan menghukum

Zakat Selangor menafikan membuat kutipan seperti ini. 

"Kami memohon masyarakat membuat pemakluman terus kepada kami jika ada bertemu kutipan seperti untuk tindakan lanjut pihak Zakat Selangor."

Zakat Selangor hanya melaksanakan kutipan zakat melalui 27 cawangan, 14 penolong amil IPT, 95 penolong amil Institusi Pengajian Islam Swata (IPIS), 14 ejen saluran bayaran, 78 ejen perunding, 2,754 penolong amil fitrah, dan 60 penolong amil padi.Setiap pembayaran zakat akan mendapat resit rasmi Zakat Selangor.

Jika tiada kepastian jangan terus menghukum, menghentam maka dengan itu tabayyun lah.

Fiqh tabayyun perlu diarusperdanakan dalam menghadapi isu-isu era teknologi maklumat hari ini. Semua pihak perlu membuat penapisan bagi mengelak mencipta dan menyebar fitnah.
Allah SWT memerintahkan golongan Mukmin memeriksa dengan teliti berita yang disampaikan sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu orang yang fasik membawa berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum dengan tidak mengetahui, maka jadilah kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (Al-Hujurat: 6)
Firman Allah menggunakan perkataan “fatabayyanu” yang bererti “maka periksalah dengan teliti.”
Ayat ini diturunkan berhubung dengan al-Walid bin Uqbah yang diutuskan oleh Rasulullah SAW memungut zakat Bani al-Mustaliq.

Setelah berita itu sampai kepada Bani al-Mustaliq, mereka gembira sehingga keluar beramai-ramai untuk menyambut kedatangan utusan tersebut. Sebelum sampai ke sana, ada seorang munafik memberitahu al-Walid bahawa kabilah tersebut murtad, menolak dan tidak mahu membayar zakat, bahkan berhimpun di luar kota menghalang kedatangannya.

Setelah menerima berita itu, dia segera kembali ke Madinah melaporkan situasi tersebut. Rasulullah sangat marah mendengarnya lalu menyiapkan sepasukan tentera untuk memerangi mereka.

Sebelum tentera itu berangkat, datang utusan mengadap Rasulullah: “Wahai Rasulullah, kedatangan kami ke sini untuk bertanya mengapa utusan Rasulullah tidak sampai untuk memungut zakat, bahkan kembali dari tengah perjalanan?

“Kami mempunyai dugaan bahawa timbul salah pengertian antara utusanmu dengan kami.” Justeru, turunlah ayat tersebut.

Ayat ini merupakan larangan keras agar tidak mudah percaya terhadap berita dibawa, yang memburukkan seseorang mahu pun sesebuah organisasi.

Janganlah perkara itu langsung saja diterima atau ditolak, melainkan diselidiki terlebih dahulu dengan saksama sama ada benar atau tidak.

Fahami fiqh tabayyun
  • Tidak terburu-buru sebar berita, maklumat.
  • Tangguh sehingga pasti kesahihannya.
  • Tidak sebar berita negatif, umpatan, gosip.
  • Tidak turuti perkara yang tiada pengetahuan.
  • Percaya, beramal dengan apa yang diyakini, difahami.
  • Tidak sebar berita daripada pihak tidak dikenali atau dikenali sebagai pembohong.
  • Tidak sebar berita mengaibkan, memburukkan, menghina sesetengah pihak.
  • Mengadakan pertemuan secara langsung dengan pembawa berita.
  • Bertanya langsung kepada pihak pelaku utama.
  • Mendengar dengan saksama maklumat kedua-dua belah pihak.
  • Melakukan penyelidikan berdasarkan pengamatan peristiwa yang berlaku.
  • Merujuk pihak berkuasa untuk mendapatkan kepastian.
  • Ingat malaikat sentiasa mencatat setiap amalan baik dan buruk dilakukan.


Jika ada nampak aktiviti seperti itu cepat laporkan kepada pihak Zakat Selangor, jangan biarkan orang yang tidak bertanggungjawab memanipulasi keadaan untuk mengaut keuntungan.

Nama Zakat Selangor juga akan tercalar. Jadi sama-sama kita bantu pihak Zakat Selangor menangani kes-kes seperti ini. Rajin-rajinkan ke facebook Lembaga Zakat Selangor untuk mengetahui perkembangan-perkembangan terkini.  


Catat Ulasan

0 Ulasan