Ticker

6/recent/ticker-posts

Allah hantarkan anak kecil ini untuk menyatukan hati kita.


Ainul Mardhiah, nama yang menjadi sebutan satu Malaysia.

Bila sebut  nama itu, tanpa aku sedar air mata mengalir.
Anak sekecil itu di uji dengan hebat, 

Anak sekecil tiada dosa tetap Allah uji.
Apatah lagi kita?

Takkan kita nak kalah dengan anak kecil ?
Muhasabah diri diri kita.



Aku mengikuti perkembangannya dan hampir setiap hari akan aku buka di facebook ayahnya untuk mengetahui tentang anak ini. Satu khabar gembira apabila ainul berjaya di bawa le London dan pembedahannya berhasil. Saat di post gambar pembedahannya berhasil masyaAllah air mata aku mengalir dengan deras. Allahurabbi pembedahan itu berjaya.

Alhamdulilah keadaannya sekarang makin membaik dan akan dipindahkan ke wad biasa.



Ainul Mardhiah nama yang begitu indah,
nama yang cukup mengambarkan seorang yang hati yang cekal dan kuat semangatnya,

Tanpa disangka, walau aku dan ainul tiada ikatan biological,
Tapi dalam setiap doa aku menyebut namanya.

Allah hantarkan anak kecil ini untuk menyatukan hati kita.
Untuk kita belajar menghargai dan saling membantu.

Ainul Mardiaah, 
namamu seindahnya semangatmu.
Dirimu menginspirasi jutaan hati yang melihatmu,
Semoga Allah sentiasa menjaga dirimu,
kamu dikurniakan ummi & walit yang amat sayang akan kamu ,

Yang sentiasa dengan kamu ,
Mereka ingin lihat kamu sembuh ,sama seperti kami semua ingin lihat kamu sihat.

Ya Rab,
Tiada tuhan melainkan dirimu,
Bantulah anak kecil ini,
Berikan kesehatan yang baik untuknya, 
Sembuhkan penyakitnya dan jangan datang kembali,
Titipkanlah kekuatan dan semangat untuk terus bertahan,
Berikan dia kebahgiaan dan kesempatan untuk dapat merasai kehidupan pinjamanmu ini,
Tiada yang mustahil bagimucya rab.
Bantulah Ainul Mardhiah.


Kepada sesiapa yang mahu menyumbang kepada Ainul Mardhiah boleh disalurkan ke akaun Maybank Ahmad Safiuddin Ahmad Razak 554-110-509-928.

Catat Ulasan

2 Ulasan

Maqnie berkata…
Alhamdulillah.Semoga diberi sebaik baik kesembuhan buat adik Ainul Mardhiah.Dan dapat membesar dengan sihat disamping keluarga tersayang.
Sis Lin berkata…
Moga Allah beri kesembuhan sepenuhnya buat adik Ainul ..