Ticker

6/recent/ticker-posts

Bahagia itu bukan semestinya terletak pada perkahwinan. Tapi dalam perkahwinan itu ada bahagia.Single juga boleh bahagia dengan cara tersendiri



Assalamualaikum

Ujian Allah itu dalam pelbagai bentuk untuk hamba-hamba.

Hati kita diuji,
emosi kita diuji,
mata kita diuji,
tangan dan kaki kita diuji,

Seluruhnya diuji dengan segenap rasa dan terkadang ujian tersebar adalah mulut. 

Kerana mulut badan binasa.Binasa kerna kata-kata dari mulutnya sendiri.

Bila dah lama tak bertemu rakan-rakan hal yang paling sering ditanyakan. Bila nak kawin ? 

Bila ? kau memilih sangat !

Kadang aku juga binggung, masalahnya tiada siapa dipilih.

Biasa aku hanya diam.

Pernah dulu ada yang kata : 

"Aku alhamdulilah dah 5 tahun , anak dah 2 orang. Aku bahagia sama suami dan anak-anak aku.Kau itulah cari yang cantik-cantik aje, susah-susah kau kawin je makcik cleaner janda tu" kata seorang rakan sambil berseloroh.

Walau aku tahu dia bergurau, tapi jujur ada terasa hatinya. Buat apa aku kawin kerana desakan dari sekeliling. Aku tak nak perkahwinan itu sebagai hanya menutup mulut-mulut orang.

Hakikatnya aku percaya takdir Allah.

Bahagia itu bukan semestinya terletak pada perkahwinan. Tapi dalam perkahwinan itu ada bahagia.

Bahagia itu dalam konteks yang besar dan universal.Orang yang masih teruna dan dara juga masih boleh bahagia dengan cara mereka  yang tersendiri.

Semalam dia telephon aku menangis untuk minta nasihat.Nasihat kerana suami dia dah ceraikan.

Aku hanya boleh berikan nasihat yang termampu. Aku doakan dia semoga diberikan kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi ujiannya.

Ingat selagi kita bernyawa, ujian Allah itu pelbagai. Kita dah kawin itu bukan syarat untuk mengata orang yang Allah ujian dalam soal jodoh. Kita dah anak bukan tiket untuk sindir orang yang berkahwin belum ada anak.

Ujian itu ada,
Cuma kita tak tahu bila dan dimana.
Kerana itu bila kita dengar sesuatu khabar seseorang itu di uji. Doakan dia, andai tak mampu membantu berkata-katalah yang baik.



Catat Ulasan

5 Ulasan

JueHasrul berkata…
Bahagia boleh dengan mcm cara, peduli kata orang.. biar lambat asalkan dengan jodoh yg betul..dah kawin pun kadang lagi banyakkk masaalah.. semua ada hikmah, yg penting percaya dan yakin pada Allah
Ruggedmom com berkata…
Nak cari tudung sehelai pun habis semua kedai di Jalan TAR dijelajah inikan pula nak cari pasangan hidup. Berdoa tapi kena berusaha juga. Semoga mendapat pasangan yang baik.
MunirahMH berkata…
yes, betul..setuju sgt2..
Tanpa Nama berkata…
Betul... Abaikan kata2 mereka, ada jodoh pasti bertemu, tak ada jodoh kita nikmati hidup ni