Ticker

6/recent/ticker-posts

Kes pembuangan bayi semakin membimbangkan


Negara menuju Wawasan 2020 yang semakin dekat untuk dihampiri. Permodenan dan Kepesatan  Malaysia sejajar dengan negara membangun tetapi sayangnya masalah sosial yang sudah lama bersarang dalam masyarakat masih lagi menjadi isu hangat terutama pembuangan bayi.




Aku mengikuti perkembangan terkini mengenai kes buang bayi yang semakin hari semakin membimbangkan terutama peringkat remaja. Lihatlah anak-anak dibawah umur sudah terdedah dengan pergaulan bebas dan tahu mengenai hal-hal orang dewasa.Mereka ini seperti diajar kadang berbicara lebih hebat tentang kita. 

Kabinet Malaysia telah memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat.Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001 yang boleh dihukum denda maksimum RM 20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.



Dalam hal ini ibu bapa memainkan peranan penting kepada remaja. Di waktu umur remaja mereka lebih mempercayai rakan sebaya mereka.Ibu bapa harus memantau anak-anak mereka bukan dengan menegah tetapi menjadi sebahgian dari seperti rakan sebaya. Di umur ini perasaan ingin tahu mereka membuak, semakin ditegah semakin dia ingin cuba. Jadilah pendengar yang baik untuk mereka, lihat siapa rakan-rakan terdekat mereka dan banyakkan masa bersama meraka. Diterapkan jugan pendidikan agama untuk mereka sebagai pembentang untuk mereka mengenal mana yang baik dan buruk .

Acik pernah wawancara beberapa mereka yang pernah terlibat dalam gejala sosial , kebanyakan mereka adalah dari keluarga yang bermasalah hasil perceraian. 

Semua orang pernah buat silap, kebanyak mereka yang telah terlanjur di berasa panik dan tertekan. Takut dengan kelakuan dia akan menjatuhkan nama baik keluarga dan takut akan dicemuh oleh masyarakat. 

Kemudahan internet tanpa sempadan memudahkan mereka melayari kandungan negatif dan bahan yang secara tidak langsung mendorong kepada kesalahan seks, lebih-lebih lagi jika akses pergaulan bebas lebih terbuka.Ia kemudian mendorong kepada aktiviti seksual seperti seks bebas dan rogol yang akhirnya mengundang kepada kes buang bayi. Masalah timbul apabila mengandung, mula panik kerana tidak mahu keluarga tahu.

Masyarakat memainkan peranan penting bagi kesedaran kepada anak-anak remaja. Memang kubur masing-masing tapi nanti kita ditanya kenapa kita membiarkan maksiat itu berleluasa didepan mata. 

Ye tahu apa yang dia lakukan itu salah, tetapi takkan nak biarkan dia terus bersalah dengan membuang bayi yang tak berdosa ? 

Malu itu pasti, tapi tindakan itu salah. 

Mereka lebih memilih untuk lari dari masalah dan ambil keputusan dengan membuang bayi tanpa belas ehsan.

Hubungi talian kasih di 15999. 

Kamu sudah lakukan kesilapan jangan lakukan kesilapan kali kedua. Jangan jadi pembunuh.
 


Catat Ulasan

3 Ulasan

Kisah Tatie berkata…
lagi modern teknologi sekarang, lagi banyak kes macam ni timbul. lagi menakutkan budak sekolah rendah dah terbabit dengan gejala sebegini. Allahu, seram sejuk bila baca berita
ya allah
semoga dijauhkan perkara sebegini
Samsuri Mohamad berkata…
kalo bab seronok semua laju kan bila dah ada akibat xnak plak korang bertanggungjawab.. kesian bayi2 tue xsempat tgk dunia