Assalamualaikum
Setiap kita ada jalan ceritanya tersendiri. Penuh dengan episode-episode yang memberikan pengajaran dalam hidup.
Bertemu dan berpisah seperti menjadi asam garam dalam kehidupan.Bertemu dan berkenalan yang membuatkan hari-hari kita indah. Memikirkan dia buatkan kita tersenyum, hadirnya dia dalam hidup kita mengetarkan hati dan membuat nafas turun naik kerana teruja bertemu dengan seseorang yang kita sayang.
Di saat itu, Akulah orang paling bahagia dalam hidup ini.
Setiap pagi mesej dia, telefon dia.
Fikiran ini sering ingat tentang dia.
Kata-kata penuh dengan manis bagaikan gula, sehingga semut lari kerana terlalu manis.
Sehari, seminggu, sebulan...
Berjalan seiringan waktu.
Kita mula melihat kekurangan diri dia,
Nampak dengan jelas.
Mula kurang berkomunikasi, mesej jarang. Kalau telefon pasti marah-marah ada sahaja hal bikin kita emosi.
Seadakan ada sesebuah perasaan yang membuatkan kita jenuh dan bosan
Kita mula menjauhkan diri.
Ada ketika dalam keadaan seperti ini ,mulalah muncul orang ketiga yang membukakan mata kita.Dia nampak seolah lebih baik dari pasangan kita.
Mulalah kita melupakan dia perlahan demi perlahan.
Ingat wahai acik sering ingin berpesan.
Hargailah
insan yang menyayangimu walaupun dia bukan insan yang kamu pilih untuk
disayangi, kerana dia juga mempunyai hati dan perasaan untuk dihargai.Walaupun tidak setinggi gunung penghargaan yang kamu beri, cukuplah
sekadar menjaga hati dan perasaannya.Sesungguhnya ia lebih bermakna
daripada wang ringgit.Asalkan tak rasa dipermainkan jangan memberi
harapan yang menggunung.
Kehidupan
ini hanyalah sementara, setiap yang hidup pasti akan berakhir jua.Setiap pertemuan pasti ada perpisahan itulah ungkapan yang sering
kita dengar, tetapi adakah kita benar-benar menghayatinya? Tidak
jawapannya untuk jangka masa yang lama, ya dalam jangka masa yang
singkat.Kita tidak pernah sedar akan hakikat itu, tetapi bersyukurlah
jika kita diberi ingatan yang kukuh mengenainya.
Kasih
sayang seseorang bukan barang atau objek untuk dimainkan, tetapi ianya
adalah satu kurniaan Allah yang perlu kita hargai dan hormati.Tetapi
bukanlah kita perlu berlaku hipokrit, atau berlakon semata-mata untuk
menghargai seseorang.
Ingat bagaimana saat waktu yang kita diawal bersama dia. Jangan sakiti dia, Hargailah dia. Andai tidak sehaluan maka berdiskusilah secara baik-baik.
1 Ulasan