Awan
berarak seolah mengikuti kita, hati selalu sepi. Otak ligat memikirkan
soal kehidupan. Hati ini penat untuk mengawal semua perasaan yang ada.
Kita
sering memilih mengikut emosi kita, apa yang kita mahukan mesti dapat
dan apabila tidak seolah Allah tidak mendengar doa kita.
Lalu hati kecewa dan beransur kurang yakin padaNya.
Sabar ! sabar!
Jika dirungkai dan dicatitkan satu persatu keinginan kita pasti bagaikan seisi dunia kita mahukan.
Sebab itulah Allah hanyakan berikan yang terbaik dan mengikut keperluan kita.
Allah Maha Mengetahui kita bagaimana, maka yakinlah denganNya.
Sebab itu Allah uji kita melalui perasaan.
Sebab
kita selalu pentingkan soal perasaan & soal jodoh menjadi
priority sedangkan ada hal-hal lebih penting dalam kehidupan kita dan
tanggungjawab kita sebagai seorang hamba kepadaNya.
Jadi
muhasabah diri kita, soal jodoh itu penting tetapi lebih penting adalah
pelaksanaan kita terutama tuntutan kita kepada pencipta dan keluarga.
Jodoh ? Jika kita membawakan cinta kita dengan cara betul inshaAllah dipermudahkan.
Kebanyakan cara kita lebih kepada emosi dan mengikut kehendak hati tanpa memikirkan hak-hak yang lain.
Semanis kata kita berikan semanis janji taburkan jika terlalu banyak maka boleh jadi sakit.
Jadi
begitulah jika seandainya kita mengikut apa sahaja kemahuan kita,
amalkan gaya hidup bebas. Tanpa segan silu mengikut haluan nafsu. Nampak
seolah semuanya semanis gula. Akhirnya akibatnya kita yang menangung.
Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.”
– Surah AlBaqarah : Ayat 214

Perasaan yang Allah berikan gunakan sebaik mungkin. Kawallah dan sentiasa berzikir kepadanya.
Jangan
biarkan perasaan atau hati kita mengawal kita.Maka kawallah hati dan
perasaan agar mengikut kata kita berlandaskan ke jalanNya.
Lakukan apa jua perbuatan yang baik dan niatkan kerana Allah.
0 Ulasan