Assalamualaikum
Alhamdulilah
Allah permudahkan urusan hari ini walaupun agak serabut tapi tetap berjalan
dengan lancar. Semasa duduk di tadi ada seorang datang jumpa dengan
acik. Dia tanya acik :" Acik perempuan yang bagaimana yang acik sukakan ?
Jawab acik perempuan yang sedap mata memandang pada mata acik.
Ermm
lelaki memang suka perempuan yang cantik sahaja eh ? kalau tak cantik mesti di
ketepikan ,sambungnya lagi.
(iklan) Nak cari jodoh jom daftar di sini --> cari jodoh
Cantik
itu juga merupakan ujian dari Allah untuk manusianya sama ada dari segi rupa
paras mahupun bentuk fizikal. Dan hari ini acik bagitahu kepada kamu semua
kelebihan menjadi perempuan yang tidak cantik.
Pertama :
Tidak menjadi tumpuan orang
Mungkin
kalau kamu lihat perempuan yang cantik sentiasa menjadi perhatian oleh
lelaki-lelaki mata keranjang mahupun golongan VIP mungkin hidup mereka akan
gelisah dan tak tenteram di gangu mereka. Kamu pula tidak dan kenapa kamu
bersedih ? bukankah seharusnya kamu perlu bersyukur kerana kamu tidak di gangu,
,selain itu ianya adalah cara Allah untuk meringankan tugas menjaga dirimu. Dan
tentunya kamu dapat hidup aman dan damai
Kedua
:Kurangnya penyakit Hati
Pada kamu
wajah yang cantik atau hati yang cantik kamu mahukan ? Dengan wajah yang Allah
kurniakan pada kamu itu sepatutnya buatkan kamu lebih bersyukur, tidak riak,
ujub dan tidak bangga dengan kecantikan kamu ada itu. Dan itu adalah cara untuk
Allah kurangkan penyakit hati kita agar sentiasa bersyukur dengan
nikmatnya.
Ketiga :
Menjadi kesukaan lelaki
Mungkin
kamu semua tak sedar, kebanyakan lelaki tak suka perempuan yang cantik
sebenarnya " susah nak jaga" katanya. Mereka lebih suka pada
perempuan yang bersederhana dan sedap mata memandang dan akhlak yang baik.
Perempuan yang tidak cantik ini tentunya pandai menghargai apa yang dia ada,
penyayang dan bertanggungjawab. Jadi jangan risau ye.
Keempat :
Kamu selamat dari lelaki-lelaki yang tidak beriman
Ketahuilah
orang yang hadir mendekati kamu dan menerima kamu insyaAllah semuanya akan
baik-baik kerana dia dapat menerima kamu seadanya. Kamu bertuah kerana
terhindar dari lelaki yang buruk akhlaknya dan lelaki yang tidak menjaga
pandangan.
Kelima :
Kamu tidak menjadi mangsa syaitan
Kamu
harusnya bersyukur kerana syaitan tidak memperalatkan kamu sebagai senjata
untuk meruntuhkan nafsu lelaki. Kamu tidak di jadikan tempat menjadi uji kaji
oleh syaitan. Jadi renungankan.
Keenam
:Yang penting cukup sifat sebagai manusia.
Mungkin
kamu rasa sedih dan gundah kerana kamu tidak cantik seperti mereka. Ada apa
dengan kecantikan jika hatinya tidak cantik ? Pernahkan kamu lihat orang yang
berada di bawah kesusahkan daripada kamu ? tengok orang yang kurang upaya dan
cacat , mereka lagilah . Kamu yang cukup sifat tak bersyukur ? jadi malulah
dengan mereka.
Jangan ambil hati dengan pandangan manusia, lumrah manusia yang suka pada kecantikan tapi Allah tidak pernah memandang pada kecantikan rupa paras kita. Allah anggap kita adalah sama dan Allah tak pernah membezakan kita walaupun sedikit. Utamakan pandangan Allah dan jagalah hati kita, biar kita tak cantik pada rupa paras tapi kita cantik dalaman kita.
Apapun keadaan cantik itu adalah subjektif , setiap orang pandangannya berbeza-beza.
3 Ulasan
tapi cantik jiwa dan raga
mlm leh tutup lampu., ;p