Kadang tertanya kenapa aku masih belum bertemu jodoh ?
Adakah kerana aku tak cantik ? adakah kerana aku miskin ?
atau bagaimana ?
Ada sedikit nasihat dari Ustaz Hanafi
"Jodoh
seseorang itu pasti ada dan sama ada di dunia ataupun jika tidak di dunia, di
akhirat nanti. Wallahu'alam. Perbincangan dalam kalangan ulama, jodoh setiap
orang ada sebagaimana rezekinya.
"Sebelum seseorang itu lahir, telah ditetapkan tiga perkara buatnya iaitu pertama rezeki, kedua jodoh dan ketiga ialah umurnya. Ada orang mungkin sudah buat pelbagai usaha, tetapi jodoh tiada. Kemungkinan jodoh yang ALLAH telah tetapkan itu telah meninggal dunia atau syahid dan mereka akan bertemu di dalam syurga nanti," katanya ketika ditemui di pejabat Ecoriths Leisure Travel & Tour di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
Ustaz Hanafi menjelaskan, ada dua penyebab mengapa jodoh seseorang itu lambat. Pertama, kemungkinan besar jodohnya 'berat' kerana ALLAH SWT 'memberatkan' jodohnya dan kedua barangkali kerana sikap seseorang itu sendiri.
"Mungkin seseorang itu terlalu memilih atau malas mencari jodoh. Dalam bab jodoh itu, ada dua istilah kita selalu dengar iaitu satu apabila kita terjumpa jodoh dan satu lagi ialah mencari jodoh.
"Kedua-dua itu berbeza istilahnya sepertimana kita jumpa duit. Sudah tentu berbeza situasi apabila kita jumpa duit atau barang dengan benda yang kita cari. Pastinya kita akan mencari yang terbaik untuk diri kita.
"Jadi nasihat saya, jangan mengeluh, tetapi berusaha dan jangan berputus asa dengan rahmat ALLAH SWT. Sebaliknya, teruskan berdoa dan senyum selalu, insya-ALLAH jodoh (kita) itu ada," katanya.
Apapun, ujar beliau, lambat atau cepat jodoh seseorang itu, ia sebenarnya ialah urusan ALLAH SWT. Namun, umat Islam diingatkan supaya banyakkan berdoa, berusaha mencari jodoh yang ditetapkan dan bertawakal kepada ALLAH.
"Paling penting, kita dapat jodoh sebenar yang ALLAH SWT telah tetapkan. Sebab itulah setiap kali solat, kita akan meminta kepada ALLAH Iyyaka na'budu wa iyyaka nastai'n (Hanya ENGKAU kami sembah dan hanya kepada ENGKAU kami memohon pertolongan).
"Tolong apa? Ihdinas siratal mustaqim (menunjukkan kami jalan yang lurus). Jalan yang lurus itu (termasuklah) dalam mencari jodoh, rezeki dan keberkatan umur sebab sebelum kita lahir lagi, ALLAH SWT sudah tetapkan tiga perkara itu. Jadi, kita meminta tolong kepada ALLAH supaya menunjukkan jalan yang lurus.
"Maknanya ALLAH tunjuk jalan, kita kena berusaha. Maka usaha mencari jodoh itu hukumnya wajib. Bagi seorang lelaki, dia perlu mencari jodoh untuk dirinya sendiri, tetapi bagi seorang wanita, ayahnya bertanggungjawab untuk mencari jodoh untuk dirinya," ujar beliau.
Panduan
Ustaz Hanafi meneruskan perkongsian ilmunya. Kali ini, beliau menyentuh tentang panduan mencari jodoh menurut Islam.
JODOH setiap orang ditentukan oleh ALLAH SWT sejak sebelum lahir lagi dan ia sudah pasti ada sebagaimana rezekinya.

Sabda Rasulullah SAW: "Wanita dinikahi kerana empat perkara: hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama (berpegang dengan tuntutan agama), pasti engkau beruntung." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis itu, jelas menunjukkan wanita dikahwini atas empat perkara berkenaan. Namun, apabila seseorang wanita itu hendak berkahwin dengan lelaki, panduan tersebut boleh digunakan, tetapi ia bermula daripada belakang ke hadapan.
"Pertama ialah agamanya yang mana wanita perlu carilah lelaki yang soleh. Tidak salah kita meminang lelaki kerana dalam Islam dibenarkan. Kemudian, lihatlah solatnya. Kalau lelaki itu boleh jaga solatnya, insya-ALLAH dia boleh jaga kita. Kalau dia tak jaga solat iaitu hubungan ALLAH, bagaimana dia hendak jaga kita? (Sedangkan) Janji dengan ALLAH pun dikhianati, apatah lagi janji dengan kita.
"Kedua, carilah mereka yang mempunyai keturunan yang baik. Ketiga, jangan lupa kahwin sebab hartanya. Yang terakhir sekali, barulah rupa," katanya.
Dalam pada itu, Ustaz Hanafi turut berkongsi kaedah mudah untuk mendapatkan jodoh dengan menggunakan formula DUS iaitu doa, usaha, sekufu dan senyum.
"Sebenarnya, seorang bapa perlu mendoakan anak perempuannya sejak usianya sembilan tahun untuk mendapatkan jodoh. Ini kerana doa itu belum tentu dimakbulkan ketika anaknya umur sebegitu, mungkin dimakbulkan 10 tahun atau 20 tahun lagi.
"Doa untuk jodoh selalunya mengambil masa, jadi kena berdoa daripada awal. Antara doa yang paling bagus iaitu ayat 74, Surah al-Furqan," jelas beliau.
Kepada satu soalan, Ustaz Hanafi berkata: "Hukum asal menggunakan portal mencari jodoh ialah harus. Ia satu usaha era moden untuk mencari jodoh. Namun, kita kena ingat, bila gunakan platform tersebut, mesti niat kerana ALLAH untuk mencari jodoh.
"Tak salah guna portal tersebut. Cuma isunya kalau hendak bagi gambar, janganlah gambar yang menjolok mata atau mendedahkan aurat. Sebaiknya, berilah gambar yang betul, jangan tampal 'simen' pada muka dengan mekap berlebihan. Ingat, jangan ada unsur penipuan dan mengambil kesempatan."
(iklan) Nak cari jodoh jom daftar di sini --> cari jodoh

sumber
:Sinar Harian
0 Ulasan