Assalamualaikum
Tahun 2020, soal tetap sama.Jodoh di mana ?
Adakah si dia masih sesat ? mencari jalan pulang yang tidak ketemu lagi. Penat berusaha tetapi satu kenyakinan yang pasti jangan pernah menyerah walaupun sedetik. Teguhkan hati bahawa Allah ada perancangan yang terbaik untuk kita.
Sabar dengan mulut orang sekeliling. Bila nak kawin ? bila nak kawin ?
Sabar dengan diri sendiri yang sering bertanya " Ya Allah bilalah jodoh aku nak sampai". Sabar dengan faktor kewangan.
Sekaligus berusahalah.
Berusahalah semampu kamu untuk berusaha jadi yang terbaik.
Wahai hati yang sedang menanti cinta sejati.
Teguhkan hatimu untuk berpaksi kepada ALLAH dan sentiasa memperbaiki dirimu. Boleh jadi usahamu untuk tahun ini berhasil dan ALLAH mengangkat doamu.
Jangan takut, mungkin jodoh belum lagi lahir. Masih dalam kandungan, mungkin lagi masih fokus pada belajar. Apabila sudah pada masa yang tepat, keadaan yang tepat terdetik hatinya untuk mencari pasangan. Pelbagai cara proses pertemuan akan berlaku. InshaALLAH.
Cuma sekarang ini..
Pertama : Muhasabah diri
Kita tahu diri bagaimana diri kita, ada panas barannya kita, ada malasnya solat kita, dengan diri sendiri pun kadang kita suka bohong apalagi sama orang lain. Mana rasa diri kurang perbaikilah, muhasabah diri. Kerana apa ?
Pernikahan itu bukan satu hal yang main-main dan boleh di cuba-cuba. Pernikahan adalah soal tanggungjawab dan kalau boleh kita nak nikah untuk jangka masa yang lama. Masa inilah juga kumpul duit dari sekarang.
Kedua : Banyakkan doa dan solat taubat serta solat hajat
Jangan berhenti berdoa, jangan malu untuk sering meminta dengan ALLAH. Kerana ALLAH MAHA MENDENGAR. Rajinkan diri untuk melakukan solat taubat, untuk dekatkan diri pada ALLAH. Mungkin ada kesilapan kita yang harus diperbaiki dan rajinkan solat hajat untuk memohon kepada ALLAH. Minta orang sekeliling doakan kita,moga jodoh kita bertemu.
Ketiga : Bantu Mak Ayah
Kadang kala ada sebab Allah lambatkan jodoh kita. Kadang kala untuk bantu Mak Ayah kita. Mereka juga perlukan perhatian dan kasih sayang kita. Untuk menjaga mereka yang sudah tua. Bahagiakan mereka, doa mereka itu sangat mahal. Moga ada kebaikan apa yang kita lakukan.
Pada acik, sekarang ini fokus dulu kerjaya.
InshaAllah jodoh tak kemana.
2 Ulasan