COVID19 di Malaysia semakin membimbangkan di mana terdapat peningkatan kes dari semasa ke semasa. Perintah Kawalan Pergerakan yang diarahkan adalah langkah tepat bagi membendung bagi membendung penularan wabak Covid-19,Pastinya ada yang terkesan kerana tidak dapat meeruskan pekerjaan seharian kerana perintah yang telah di keluarkan dari 18 Mac- 31 Mac 2020.
Untuk makluman, terdapat 20 bank yang menawarkan penangguhan bayaran balik pinjaman selama 6 bulan akibat penularan wabak COVID-19.
Namun penangguhan ini tidak dilaksanakan secara automatik.
Peminjam perlu memohon secara manual melalui bank pinjaman anda.
Berikut dikongsikan apakah syarat kelayakan untuk menangguhkan pinjaman serta proses dan prosedur yang perlu diambil untuk memohon penangguhan tersebut.
PENGENALAN MORATORIUM
Penangguhan bayaran balik pinjaman bank atau lebih dikenali sebagai moratorium bertujuan meringankan beban peminjam yang terjejas akibat perintah kawalan pergerakan yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.
Tiada sebarang caj, penalti atau denda dikenakan sepanjang proses moratorium.
Maksud mudahnya anda tidak perlu membayar ansuran bulanan kereta / rumah sepanjang tempoh 6 bulan.
Antara bank yang terlibat ialah:
- Bank Rakyat
- SME Bank
- CIMB Bank
- Maybank
- Bank Simpanan Nasional
- Public Bank / Public Islamic Bank
- Agro Bank
- Hong Leong Bank
- Bank Muamalat
- HSBC Amanah
- Affin Bank
- OCBC
- TEKUN
- AmBank
- Bank Pembangunan Malaysia Berhad
- Bank Islam
- MBSB Bank
- Alliance Bank
- Standard Chartered Saadiq
- RHB Bank
Antara produk yang dibenarkan penangguhan hanyalah:
- Pembiayaan peribadi
- Pinjaman rumah
- Sewa beli kereta
- Kad kredit
- Pinjaman SME
- Overdraft
DOKUMEN PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN BANK
Berikut antara dokumen diperlukan untuk membuat penangguhan bayaran balik pinjaman bank:
Individu:
- Surat tunjuk sebab majikan (tiada bayaran / pengurangan OT / separuh gaji etc)
- Slip gaji menunjukkan pengurangan (sebelum dan selepas COVID-19)
- Penyata bank (sebelum dan selepas COVID-19)
Pemilik Perniagaan:
- Penyata Bank (sebelum dan selepas COVID-19)
- Pesanan yang telah dibatalkan
- Jualan bulanan (sebelum dan selepas COVID-19)
CARA MEMOHON
Permohonan boleh dibuat di bank-bank pinjaman anda sama ada melalui kaunter atau telefon.
Segala maklumat nombor telefon ada di bawah:
Bank | Nombor Telefon |
---|---|
CIMB / CIMB Islamic | 03-62047788 |
Maybank / Maybank Islamic | 1-300-88-6688 |
Hong Leong Bank / Hong Leong Islamic | 03-76268899 |
Affin Bank / Affin Islamic | 03-82302222 |
AmBank | 03-21788888 |
Bank Islam | 03-26900900 |
Bank Simpanan Nasional (BSN) | 1300-88-1900 |
Agro Bank | 1-300-88-2476 |
Bank Muamalat | 1-300-88-8787 |
Bank Rakyat | 1-300-80-5454 |
HSBC Amanah | 1-300-88-2626 |
Public Bank | 1-800-22-5555 |
OCBC Al Amin Bank Berhad | 03-83149310 |
MBSB Bank | 03-20963000 |
RHB Bank / RHB Islamic | 03-9206 8118 |
Standard Chartered Saadiq | 1-300-88-8888 |
Alliance Bank | 03-55169988 |
Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) | 03-26113888 |
SME Bank | 03-26037700 |
AIBIM | 03-20268002 |
Info lanjut anda boleh rujuk portal AIBIM di sini.
0 Ulasan