Ticker

6/recent/ticker-posts

Ya Allah Jika betul dia jodoh aku, dekatkan Ya Allah



Usia berganjak 30 an ini adalah waktu yang paling merumitkan bagi sesiapa sahaja. lagi-lagi belum kawin. Ya Tuhan kadang-kadang itu cuba lari dari keramaian, lebih memilih menyendiri dan bercerita dengan ALLAH melalui doa.

" Ya Allah Jika betul dia jodoh aku, dekatkan Ya Allah" Pertemukanlah jodoh kami.

Bersungguh-sungguh doa.

Namanya ujian, Allah masih belum izinkan bertemu.Sedih memanglah, walau lelaki perasaan itu tetapi bila orang tanya, bila nak kawin ? kau terlalu memilih.

Pengalaman diri sendiri bertemu dengan mak sahabat sendiri.
Mak cik : Kau masih sendiri lagi ? bila nak kawin ? 
Aku : Doakan saya mak cik.
Mak cik : Doa-doa juga, tapi dah tua sangat, baik check ke dokter takut tak subur nanti lama-lama.Kau tengok si Man ni anak nak masuk 3 orang dah.
Aku : hanya senyum sahaja
Sahabat aku datang dekat dan meminta maaf  dengan perilaku emaknya.



Dalam hati memang geram, tapi aku yakin semua ini ada hikmahnya. 

Pada aku, segala yang berlaku ini ada pengajaran yang Allah nak berikan pada aku. Allah nak benar-benar aku stabil dari segi emosi, kewangan dan dalaman aku untuk dekatkan diri padaNya.Bertahun aku susah nak cari kerja untuk stabilkan diri. Susah dulu keadaan aku.

Mak yang sentiasa ada di sisi aku di saat orang lain menjauh.

Alhamdulilah aku dapat kerja sekarang, mungkin dalam fasa untuk stabilkan diri. Aku ambil masa untuk dapat bahagiakan mak aku.Aku yakin dengan Allah dengan segenap hati bahawa Allah tak akan pernah sia-siakan kita.

Hati seorang mak ini kita tak tahu, 

Selagi aku bernyawa aku nak bahagiakan mak.

Pernah tak ? Kau kenal dengan orang yang baru, dan berdoa dekat Allah moga kau dengan dia ada jodoh. Sebab dah penat sangat nak jaga jodoh orang. Penat sangat dipermainkan. Dan kau berharap ini yang terbaik.

Aku pernah 2,3 kali. 

Aku bermohon dia jodoh aku, tapi ada sahaja halangan.Haha sabar ajalah, kadang memang sedih.

Tapi selalu apa yang aku buat :  

Bila sedih doa. 
Bila sempit doa. 
Bila frust doa. 
Waktu gembira jangan lupa doa. 
Hidup dengan doa, 
Nescaya akan semakin dekat dengan Tuhan. 

Makin dekat dengan Tuhan, makin dekat kau dengan pemilik dan pencipta kebahagiaan. 

Jangan pernah jauh dengan Allah, hal kita rancangan sebaik mungkin itu bukan hal yang terbaik untuk kita. Tetapi perancangan dari Allah sebaik mungkin untuk kita.

Biarkan semuanya berjalan mengikut alirnya.

Percaya dengan ALLAH, keep smile.  

Catat Ulasan

0 Ulasan