Assalamualaikum
Jiwa
kita selalu sepi mencari cinta yang yang tak pasti. Hati tak keruan ,
jiwa gundah gelana. Doa tidak pernah putus mengharapkan seribu persoalan
terjawab.
Siapakah jodoh kita ? bagaimana nak tahu dia jodoh yang terbaik untuk kita ?
Persoalan-persoalan itu selalu bermain di minda. Mencari pelbagai solusi untuk jawapan tersebut.
Ada
yang mencari mengunakan tukang tilik nasib, menggunakan peramal . Ada
juga gunakan mandi bunga untuk mendapatkan jodoh. Tetapi ianya tetap
menjadi Rahsia Allah.
Jika
di tanya, acik sendiri tak tahu siapa jodoh acik .Wahualam. Tetapi pada
acik penumpuan kita bukan pada jodoh kita tetapi diri kita
sendiri.Muhasabah diri kita.
Apabila
kita baiki diri kita, si jodoh kita juga sedang sibuk baiki dirinya
juga. Ada yang kata berkenaan tentang firman Allah seperti di bawah :
“
Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan
laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula.
Wanita yang .baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk
wanita yang baik. (Qs. An Nur:26)
Kamu kena baca sepenuhnya kisah di sebalik Surah An Nur. Ayat di atas adalah peringatan Allah untuk di jadikan tauladan. Kisah tersebut tentang Aisyah r.a di fitnah. Nanti acik perincikan dalam satu entri yang lain.
Ketika
kita ada pilihan hati buatlah istikarah. Minta petunjuk dari Allah.
Jodoh yang baik, selepas lakukan solat istikharah, kita tawakal padaNya.
Ada ketika bila dengar nama dia kita rasa tenang, hati tenang. Maka itu
jodoh yang baik.Tapi jika kita sebut nama dia, kita rasa tak tenang,
rasa gelisah, serabut Itu petanda jodoh yang tidak baik.
Wahuallam, segalanya ketentuan ilahi.
Kita
berusaha dan kadang kala kita juga di uji bertemu dengan seseorang yang
cukup baik pada kita tetapi bila dah berkahwin dia berubah 100 %
tunjukkan taringnya.Di situ juga terdapat ujian.
Pilihlah
jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. InsyaAllah,
kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang
baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup
kita.
Pilihan orang yang baik bagaimana pula tu ?
Maksudnya
kita meminta ustaz atau orang alim mencarikan jodoh untuk kita.
InshaAllah mereka akan carikan jodoh yang baik untuk kita.
Jadi siapa jodoh kita adalah bergantung pada diri. Boleh jadi ianya adalah cerminan diri kita dan refeksi diri kita. Kita dah cuba jadi baik tetapi dapat yang kurang baik di situ juga lagi ujian untuk kita.
Kita
doa baik-baik, kita cuba baiki diri selebihnya kita serahkan pada
Allah. InshaAllah ada pelanggi selepas hujan ribut dan petir.Bersangka
baik dengan Allah.
1 Ulasan