Assalamualaikum
Aku lelaki,
Mungkin andaian itu terlalu banyak bagi kaumku,
Pada aku tidak seharusnya disalahkan kerana jantina semata.
Sama
juga jika sekaumku membicarakan perempuan itu sama semua suka
mempermainkan perasaan dan kaki kikis dan sebagainya. Pada aku tak patut
disalahkan gender tetapi harus disalahkan pada individu tersebut.
Ramai yang bertanya kepadaku, kenapa kau tak nak seperti anak muda yang lain bercinta, bertunang mahupun bernikah ?
Jika
di ikutkan hati dan nafsu pasti mahu sahaja aku bawa lari anak gadis
untuk aku kahwini jika ibu bapa terlalu letakkan hantaran yang tinggi.
Tapi tidak tergamak aku lakukan seperti itu seolah aku tidak menghormati
ibu bapanya dan menghormati seorang perempuan.
Nama keluarga juga bakal tercemar, aku menjaga tentang nama baik keluarga. Taknak kerana aku habis satu keturunan dihina sehingga 7 jenerasi.
Buat
masa ini biarlah aku berbakti kepada ibuku, biarlah aku bahagiakan
hidupnya dahulu. Cukuplah beribu duit yang di habiskan untukku, cukuplah
masa yang di gunakan untuk mendidikku menjadi insan berguna.
Ketika
kaki ku mula melangkah dan terus dapat berlari bebas. Takkan aku
biarkan dia di tinggalkan kesepian. Usia kian di telan waktu , sampai
bila harus dia berkorban lagi untukku ?
Aku lelaki..
Tanggungjawabku
besar, aku kena buktikan padanya aku mampu jadi anak yang baik
padanya.Aku mampu jadi suami yang baik kepada isteriku dan menjadi ayah
yang baik untuk anak-anakku nanti.
Sosok seorang wanita itu boleh di cari tetapi ibu tiada ganti. Biarlah aku berbakti dahulu.
Biarlah
aku dapat tengok senyuman di wajahnya. Biarlah aku dapat memenuhi
impiannya yang tak dapat di tunaikan sewaktu menjagaku.
Tanggungjawabku pada mereka sehingga hembusan nafasku yang terakhir
Teringat satu kisah yang membuatku terkesan.
Dalam
sebuah hadis dijelaskan, Rasulullah s.a.w. bersabda: Dari Abdullah bin
Amr, ia berkata: "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah, lalu berkata:
'Wahai Rasulullah, aku datang untuk berjihad bersama baginda kerana aku
ingin mencari redha Allah dan hari akhirat. Tetapi aku datang kesini
dengan meninggalkan ibu bapaku dalam keadaan menangis'. Lalu sabda
baginda: "Pulanglah kepada mereka. Jadikanlah mereka tertawa seperti
tadi engkau jadikan mereka menangis". (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Taatlah selagi segalanya adalah kebaikan dan jangan mempersiakan mereka apa jua keadaan.
Soal
jodoh itu aku serahkan pada keluargaku dan Aku yakin dengan Jodoh dari
Allah, jodohkan rahsia tersembunyi dari Allah. Jadi bersabarlah.
0 Ulasan