Assalamualaikum
2,3 Hari adudu tak balik, kemanalah dia ?
Itu keluhan hati mak, yang dahulunya sangat tidak suka pada kucing. Tapi kerana anak-anaknya suka pada kucing. Jadi mak jadi suka pada kucing, bila kucing hilang. Umpama anak hilang, dia carinya kemana kucingnya. Di jaga dengan baik kerana dari dia lahir sehingga besar dialah yang rawat.
Bilang satu demi satu kucingnya hilang, aku lihat mak memang kelihatan sedih. Siapa agaknya yang ambil atau buang. Memang sampai hati!
Mak yang jaga kucing, dari beri makan , kebersihan kucing sehingga perawatan dijaga. Siapa kata jaga kucing senang ?
Jaga kucing itu perlu kesabaran dan peruntukan duit untuk mereka.
Dari makannnya, pasirnya, kebersihan dia dan kesihatan ini.
Kucing bela ini kadang sakit, memang kena belikan ubat-ubatan untuk mereka.
Pernah saat musim penyakit kucing, satu persatu kucing mati.
Yang banyak mengalirkan air mata itu adalah mak.
Tak semua orang suka pada kucing, tapi tolonglah ada simpati dan empati kepada pemilik kucing tersebut.
Masuk hari ini sudah 5 kucing hilang, nak kata kena gigit dengan anjing atau mati pasti ada bangkainya.
Ini misteri satu persatu hilang.
Doakan adudu,Itam, manja dan 2 anak kucing itu ditemui.
0 Ulasan