Ticker

6/recent/ticker-posts

Pekara yang harus kita ambil tahu tentang Zakat Perniagaan


Assalamualikum

Bayar duit rumah dah, bayar kereta dah, bayar ASB dah, bayar zakat ? 

Di fikiran kita kalau sebut pasal zakat yang terlintas adalah zakat fitrah sahaja, kerana tiap tahun kita membayarnya. Zakat itu pelbagai jenis-jenis zakat. Antaranya zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat wang simpanan, zakat KWSP, zakat emas, zakat perak, zakat pertanian dan zakat saham.

Sekarang trend untuk semua mulai untuk membuka perniagaan, itu hal yang bagus dan dapat menaikkan pendapatan kita. Secara tidak langsung dapat menjana ekonomi negara kita. Walaubagaimana pun, di dalam rezeki kita ada hak orang lain. 

Jangan lupa untuk membayar zakat Perniagaan.  

Zakat perniagaan ni wajib tahu dikeluarkan pada sesiapa sahaja yang mempunyai apa pun bentuk perniagaan persendirian, perniagaan perkongsian sesama Islam atau dengan bukan Islam, perniagaan semua jenis syarikat, koperasi atau perniagaan saham dan sebagainya.

Dalil Berkaitan Zakat Perniagaan. 

“Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu.”

(Surah Al-Baqarah : Ayat 267)

Allah menjelaskan bahawa segala ‘hasil usaha yang baik’ itu wajib dizakat. Oleh itu, bagi sesiapa yang menjadikan makan gaji itu sebagai satu profesion, maka itu juga termasuk dalam ‘hasil usaha’ yang wajib dizakat.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Menjadi sesuatu kewajipan ke atas setiap Muslim bersedekah (zakat)”. Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana yang tidak mempunyai harta?”. Baginda menjawab, “Bekerja untuk mendapat sesuatu untuk dirinya lalu bersedekah.” Mereka bertanya, ” Kalau tidak mempunyai pekerjaan?”. Baginda bersabda, “Tolonglah mereka yang meminta pertolongan”. Mereka bertanya lagi, “Bagaimana pula jika tidak berkuasa?”. Baginda menjawab, “Kerja ke jalan kebaikan dan tinggalkan kejahatan, hal itu merupakan sedekah”.

(Hadis riwayat Muslim)


 Apa itu Zakat Perniagaan ?

Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan, perkapalan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan atau sebagainya dengan tujuan diperniagakan, sama ada dalam bentuk perniagaan persendirian, perniagaan perkongsian sesama Islam atau dengan bukan Islam, perniagaan semua jenis syarikat, koperasi atau perniagaan saham dan sebagainya. Ia juga termasuk setiap aktiviti yang berkaitan perniagaan bersifat sederhana atau kecil mahupun bermusim seperti makanan, peruncitan, semua jenis jualan langsung ataupun bersistem yang patuh syariah, peniaga jalanan dan lain-lain.

Syarikat atau entiti perniagaan adalah diwajibkan zakat apabila mencukupi syarat-syarat seperti berikut:

  1. Perniagaan yang dimiliki oleh orang Islam.
  2. Perniagaan yang dimiliki oleh orang Islam yang Merdeka.
  3. Sempurna milik.
  4. Cukup nisab.
  5. Cukup haul ( genap setahun qamariah/ 354.3 hari)
  6. Kadar zakat ke atas syarikat tersebut adalah 2.5%.
  7. Syarikat yang dimiliki bersama antara orang Islam dan bukan Islam, maka wajib ke atas jumlah saham yang dimiliki oleh orang Islam sahaja berdasarkan pendapatan bersih yang ditaksir setelah dibuat pelarasan dan penolakan item-item terbabit.

Kaedah Pengiraan Zakat Perniagaan

Ia mengambil kira ekuiti pemilik entiti perniagaan tersebut, sumber-sumber pembiayaan kewangan dan dibuat pelarasan sama ada dicampur atau sebaliknya. Di dalam istilah yang lebih ringkas ialah Modal dicampur dengan Keuntungan.

Ekuiti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang – Aset Tetap – Aset Bukan Semasa +/- Pelarasan = Harta Perniagaan Yang Tertakluk Kepada Pengiraan Zakat

Ia mengambil kira kedudukan Harta Semasa perniagaan ditolak dengan tanggungan semasa perniagaan dan dibuat pelarasan dengan beberapa perkara yang berkaitan dengan zakat yang perlu diambil kira. Pelarasan ini dibuat samaada dengan mencampurkan item-item yang telah dikenalpasti perlu ditambah atau membuat tolakan.

Aset Semasa – Liabiliti Semasa +/- Pelarasan = Harta Perniagaan Yang Tertakluk Kepada Pengiraan Zakat

 Pening dibuatnya untuk mengiranya, pada acik mudah sahaja dan sekarang zaman teknologi dan hanya kira di kalkulator dibawah ini.

https://www.zakatselangor.com.my/wp-content/uploads/2018/11/photo_2018-11-21_18-08-11.jpg

 
 Laksanakan zakat perniagaan merupakan suatu tanggungjawab yang wajib ditunaikan ke atas mereka yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
 
 
 
Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai zakat boleh layari laman sesawang dan media sosial Lembaga Zakat Selangor.

Facebook: Zakat Selangor
Instagram: zakatselangor

 

Catat Ulasan

1 Ulasan

cari kerja johor berkata…
info yang sangat padat dan berguna, ramai orang kadang lupakan pentingnya membayar zakat tak kira zakat apa