Ticker

6/recent/ticker-posts

Ketika hatimu terlalu berharap kepada manusia, maka Allah timpakan ke atas kamu pedihnya sebuah harapan.




 Assalamualaikum

 Hati itu degil,

Dia sering mengikut kemahuannya dia tanpa memikirkan kesan dan akibatnya. Apa dia tahu memiliki seseorang yang dia sayang menerima dia seadanya. Memberi sepenuh hati dan sepenuh kepercayaan kepada seseorang itu. Berharap dia akan dicintai dengan seutuhnya. 

 Hati kau tidak belajar dari pengalaman,

kerna sayang, kerna cinta kau sanggup korbankan segalanya.

Merayu dan meminta untuk dia menerima kau cintai kau,

Tapi malangnya ketika kau di ambang asmara gelora,

kau terus hanyut dengan lembah kecintaanmu,

tanpa kau sedari dia memiliki cinta yang lain selain dirimu.

 Ketika itu hancur hatimu bukan kepalang, 

kerna hatimu telah kau serahkan segalanya padanya.

 Beribu kekuatan yang perlu kau bangkit dan kau lupa satu hal. 

Ketika hatimu terlalu berharap kepada manusia, maka Allah timpakan ke atas kamu pedihnya sebuah harapan. Supaya kamu tahu bahawa Allah sangat cemburu kepada hati yang mengharap selain Dia. Maka Allah menghalangimu daripada perkara itu agar kamu kembali berharap hanya kepada-Nya.
(Imam Syafie)
 
Bila kita fikirkan yang kita memiliki seseorang dalam fikiran kita, hati kita, mimpi kita bahkan dalam hidup kita...Allah berkata Aku lah satu satunya yang bersama mu ketika kamu tidak memiliki siapa pun.Betul kan. Kadang kita terlalu berharap pada manusia sedangkan kita patut berharap pada Allah.
Apa pun ujian kita moga kita kuat dan terus melangkah walaupun sendiri di dunia ni sebab Allah itu ada dengan kita.
 
Sedih dan kecewa.
Terluka dan dikhianati.
Itulah yang kita dapat jika terlalu berharap pada manusia.
Lepaskan.
Serahkan seluruh hidup kita padaNya. Usah biar cinta pada manusia melebihi cinta Allah.
InshaAllah kita takkan pernah ditinggalkan dan dikecewakan olehNya.  
 
Usah terlalu mengharap dan berharap kepada manusia yang mudah lupa dan melupakan.
Sediakan bekal kita siap-siap.
Pada manusia usah diharap.
Hanya kepada Allah kita berharap.
Antara bekal mati....
 
1- Jangan tinggal Al-quran
2- Amalkan bersedekah
3- Amalkan membaca sayyidul istighfar pagi dan petang.
4- Amalkan membaca Al-Mulk setiap malam
5- Solat tahajjud walau 2 rakaat
6- Sentiasa berzikir

Catat Ulasan

0 Ulasan