Assalamualaikum
Sedar tak sedar rupanya dah hari ke 16 kita berpuasa, menahan diri dari lapar dan mengawal emosi kita. Nampak kali ini kita juga tidak dapat beraya dikampung apabila larangan untuk rentas negeri.Pendamik Covid memang memberikan kesan yang besar dari keseharian kita. Apabila kita dipaksa untuk mengikuti keadaan semasa.
Apabila bulan ramadan tiga perkara di tunggu itu terawih, bazar ramadan dan membayar zakat. Sebagai muslim kita kena ingat untuk menunaikan kewajipan dalam Rukun Islam yang ke-4 iaitu mengeluarkan zakat bagi yang berkemampuan dengan syarat tertentu. Terdapat beberapa jenis zakat yang boleh kita keluarkan. Istimewanya bulan Ramadan, umat Islam disyariatkan untuk mengeluarkan Zakat Fitrah.
Tahun ini berasa bersemangat untuk membayar zakat Fitrah seperti kelaziman tahun-tahun sebelumnya. Tapi puas cari, memang tak ada kuanter dibuka.Sekarang memang susah untuk mencari tempat untuk membayar zakat. Apalagi kita harus menjaga penjarakan sosial jadi kebanyakannya tempat tidak membuka kuanter untuk membayar zakat.
Sebelum itu ketahui dulu kadar zakat Fitrah.
Kadar Zakat Fitrah Bagi Setiap Negeri di Malaysia 2021
NEGERI |
KADAR ZAKAT FITRAH |
PERLIS |
RM7.00 |
KEDAH |
RM7.00 /RM14.00/ RM21.00 |
PULAU PINANG |
RM7.00/ RM12.00 / RM16.00 |
PERAK |
RM7.00 /RM14.00 /RM21.00 |
KELANTAN |
RM7.00 /RM14.00 /RM21.00 |
TERENGGANU |
RM7.00 |
KUALA LUMPUR /PUTRAJAYA |
RM5.00 / RM7.00 / RM14.00 |
SELANGOR |
RM7.00 /RM14.00 /RM21.00 |
NEGERI SEMBILAN |
RM7.00 |
MELAKA |
RM7.00 /RM14.00 |
JOHOR |
RM7.00 /RM10.00 |
PAHANG |
RM7.00 |
SARAWAK |
RM7.00 |
SABAH |
RM7.00 |
LABUAN |
RM5.00 / RM7.00 / RM14.00 |
Ala susahlah, tak payah bayarlah zakat tu ! RM 7 apalah sangat , tak mati punlah. kata Pak Maon kepada Mak Milah.
Harus diingatkan bahawa Daripada Ibnu Umar bahawa Nabi S.A.W memfardhukan zakat fitrah dalam bulan Ramadan ke atas setiap manusia Muslim (tidak kira hamba atau merdeka, lelaki atau perempuan, kecil atau besar) yang dikeluarkan sebanyak segantang tamar atau makanan ruji. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Berdasarkan hadis ini, dapat kita fahami bahawa zakat fitrah ini wajib dikeluarkan oleh setiap umat Islam. Cuma para fuqaha menetapkan yang afdal menunaikan fitrah ialah orang yang wajib atasnya memberi nafkah seperti suami, bapa atau atuk yang menjaga dan membesarkan cucunya. Secara mudahnya orang yang bertanggungjawab menanggung perbelanjaan dan urusan memberi nafkah keluarga.
Zakat fitrah wajib atas Semua individu dari kalangan lelaki, wanita, tua, muda hamba atau merdeka yang mempunyai lebihan atau cukup perbelanjaan sehingga hari raya. . Anak perempuan yang masih belum berkahwin masih dianggap di bawah tanggungan bapanya. Namun begitu, jika anak perempuan tersebut ingin membayar sendiri zakat fitrahnya maka dia perlu meminta keizinan dari bapanya terlebih dahulu.
Begitu juga pelajar yang sedang menuntut di universiti dan seumpamanya jika mempunyai lebihan wang perlu membayar zakat fitrah jika tidak dibayarkan oleh orang tua mereka.
Sekarang zaman teknologi canggih. Bayar online jer!!
Kalau nak senang, guna touch n go je!
Acik suka pakai touch n go sebab boleh guna untuk apa sahaja, caranya seperti di bawah.
Bayar Zakat Online E-Zakat Pay: Langkah Pertama
Pergi ke Touch n go dan klik sepeerti di bawah
Bayar Zakat Online E-Zakat Pay: Langkah Kedua
Isikan maklumat bayaran seperti nama, kad pengenalan, nombor telefon dan jenis zakat yang kita nak bayar serta tunaikan. Jadi boleh pilih nak bayar yang berapa ringgit dan tekan seterusnya.
Bayar Zakat Online E-Zakat Pay: Langkah Ketiga
Jadi akan keluar pop up seperti ini untuk pengesahan bayaran mengikut jumlah bayaran. Hanya tekan pembayaran dan akan terus ke kauan touch n go.
Jangan lupa baca niat membayar zakat dan pastikan dapat resit. Senangkan ?
Semoga bermanfaat ye.
Sebelum terlupa Lembaga Zakat Selangor telah menganjurkan Jom Zakat Cashless Sepanjang Ramadhan yang berlangsung sepanjang bulan Ramadhan bermula dari Tarihk 13 April sehingga 12 Mei 2021. Hadiah berjumlah bernilai RM15,000 menanti.
5 Ulasan