Ticker

6/recent/ticker-posts

5 Tahun Pertama Perkahwinan, Fasa Paling Menduga Suami Isteri

 
gambar hiasan

 
Assalamualaikum acik cukup tertarik dengan perkongsiaan Tuan Miezipro berdasarkan pengalaman beliau sendiri dan acik kongiskan kembali.

 𝟱 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗛𝗪𝗜𝗡𝗔𝗡

5 tahun pertama di alam perkahwinan, orang tua pesan, ini fasa yang paling susah sekali, kalau kita mampu harungi 5 tahun yang pertama ni, maka insyaALLAH, tahun2 selepas itu akan menjadi mudah.

Apa yang bakal kita tempuhi dalam 5 tahun pertama ni.

𝗨𝗝𝗜𝗔𝗡 𝟭- 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗘𝗡𝗔𝗟𝗜 𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔 𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗟𝗔𝗜𝗡

Walaupun dah bercinta bertahun2, selagi tak duduk serumah, sekatil, sebantal, selagi tu kita tak kan betul-betul kenal siapa pasangan kita yang sebenar. Adakah perangainya masa bercinta itu adalah perangai yang sebenar? Ataupun dibuat-buat? Masa ni kita akan kenal.

Then, kita bukan setakat berkahwin dengan pasangan, kita "berkahwin" juga dengan keluarga pasangan. Ibubapa dia, adik beradik dia,sebulan dua berkahwin, tak ada hal lagi, masih dibulan orientasi, suai kenal dengan ibubapa pasangan, adik beradik pasangan. Selepas tu? Kalau dapat yang akhlak baik, insya ALLAH, aman dan tenteram hidup,kalau dapat yang jenis suka cari salah, kena ragging la seumur hidup,selagi pegang title menantu.

𝗨𝗝𝗜𝗔𝗡 𝟮 - 𝗞𝗘𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡

Bab duit ni pulak, ada banyak benda yang nak kena beli. Kalau tak duduk sekali dengan mertua, duduk menyewa atau dah beli rumah, maka akan kena beli peralatan elektrik, perabot, kelengkapan dapur, barang-barang mentah dan sebagainya which is masa bujang tak beli, tak ada pun tak apa, but after married, its a need to have those things.

Ujian ini yang ramai pasangan failed,sanggup berhutang utk nk melengkapkan rumah. Ada yang all out bawa keluar saving semata-semata nak semua peralatan dan kelengkapan ada. U baru kawin, u baru spend a lot untuk majlis, so balance dah tak banyak, maka be wise. Gaji bulan ni, share dengan pasangan, beli satu peralatan atau kelengkapan. 

Then next month or next 2 month, share lagi, beli lagi satu. Month by month, jangan beli one shot sekaligus. Kalau tak, merangkak nak membayar unless u have a lot of cash.

𝗨𝗝𝗜𝗔𝗡 𝟯 - 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗧𝗨𝗥𝗔𝗡

Orang perempuan ni ada peraturan-peraturannya sendiri.

Sebagai contoh, kalau nak makan, makan satu tempat, jangan makan merata nanti nak kemas susah...then, sampah buang dalam tong sampah, jangan tinggal sesuka hati...baju, seluar, tuala tak boleh longgok, kena sidai atau sangkut...kalau keluar malam, kena balik sebelum pukul berapa and etc...masa ni kita boleh tengok, berapa ramai suami yang boleh ikut, yang tak boleh ikut...untuk yang boleh ikut, maka tak akan ada masalah, untuk yang tak boleh ikut, yang ni akan memberi beban pada isteri...isteri akan terbeban dengan sikap suami yang kurang memberi kerjasama...dan akhirnya, daripada berterusan bercakap dengan orang yang tak faham bahasa, maka dia terpaksa buat sendiri...

𝗨𝗝𝗜𝗔𝗡 𝟰 - 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗙𝗔𝗛𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗢𝗟𝗔𝗞 𝗔𝗡𝗦𝗨𝗥

Isteri baru sampai rumah selepas balik kerja, then suami sampai...suami terus tanya, kenapa tak masak lagi? perlu tegok keadaan isteri, perlu tengok situasi isteri, then lebih baik cari altenatif lain daripada nak tanya macam tu...its better to ajak dia makan diluar or keluar tapaukan makanan...perlu faham keadaan tersebut dan perlu bersikap tolak ansur before demand what we needs from our wife...kena waras dalam menuntut isteri melakukan tugas sebagai seorang isteri..

Kredit : Miezipro


Catat Ulasan

2 Ulasan

paridah berkata…
SALAM AIDILFITRI ACIK N FAMILI MAAF ZAHIR BATIN
SalbiahM berkata…
Wah.. Dah ada bau nasi minyak ke? Hehe gurau je. Selamat hari raya