Assalamualaikum
Masih ada lagi stigma bahawa covid-19 tiada dan ia hanyalah agenda kerajaan untuk mengawal manusia. Walaupun apapun yang kamu fikirkan, sedarlah bahawa covid-19 sudah ada dalam komuniti kita bukan seperti di awal kemunculan covid-19 dahulu.
Acapkali kita dengar seruan dari kerjaan, patuhi SOP, jaga penjarakan , pakai face mask dan sebagainya.Banyak ambil sikap acuh tak acuh.
Lagi-lagi dikatakan golongan "kayangan" yang bila-bila masa boleh melanggar SOP kerana seolah ada keistimewaan.
Jangan jadi seperti ini,
Kita harus membuka mata dengan luas dan dengar nasihat orang juga.
Adakah apabila ahli keluarga kita dah terjangkiti baru kita yakin dan percaya covid itu ada ?
adakah ada kematian dalam keluarga kita baru kita boleh patuhi SOP ?
tepuk dada tanya iman.
orang lain boleh je, pergi sana sini, ke mall, balik kampung. Kata kak bedah kepada pak mat.
Orang lain biarlah, tapi jangan kita lakukan.
Dulu jarang kita dengar kes dalam komuniti tetapi sekarang pelbagai kluster yang ada. Corona ini bukan bahan lucuan yang dikomedikan oleh seorang pelawak.
Tetapi virus yang bahaya dan mudah tersebar.
Kesian kepada baris hadapan kita sejak PKP dulu sampai sekarang tiada rehat. Mereka tiada keluarga ? mereka tiada ibu ayah ?
Jangan kita hanya pentingkan diri kita sahaja. Semalam laporan Majalah 3 sangat meruntun jiwa apabila melaporkan kes ICU naik ke paras tinggi dan penuh di hospital-hospital yang merawat pesakit ini.
Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sg Buloh menempatkan pesakit kritikal Tahap 4 dan 5 wabak COVID-19. Mereka bergantung harap pada alat pernafasan bagi memastikan mereka terus bernyawa. Namun adakalanya bantuan yang diterima tidak mencukupi untuk menghalang takdir yang telah tertulis.
Kita belum menang !
Kita perlu meneruskan usaha membantu menurunkan kes COVID-19 di negara kita dengan mengamalkan penjarakan fizikal yang selamat, menjaga kebersihan diri terutamanya kebersihan tangan, mengelakkan kawasan yang sempit dan sesak serta mengelakkan bertutur dengan jarak yang dekat.
Pemakaian pelitup muka di tempat awam yang sesak juga adalah antara kunci penting untuk kita mengekang penularan virus ini.
Beringat, "jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. SOP sudah ada, sila patuhinya"
Kalau kamu tak menghargai nyawa sendiri, sekurang-kurangnya hargailah nyawa orang tersayang.
Vaksin sangat penting untuk keadaan sekarang, andai tak mau ambil jangan ambil dan menyebarkan rasa ragu kepada masyarakat untuk tidak mengambil vaksin. Boleh baca pengalaman acik mengambil vaksin penuh.
Ahhh Tahu masih lagi mood raya, tapi tahan diri untuk kunjung mengunjung.Jadikan pengajaran kes di Kampung Pauh Lima di Kelantan boleh baca penuh di bawah.
2 Ulasan