Assalamualaikum
Setiap pagi kita bangun tidur,
Mengharapkan dapat menghirup udara segar,
tapi sayangnya hujan sebagai peneman,
Hati merasa sedih,
Masihkah ada kebahgiaan untuk esok hari?
Itulah hidup penuh dengan kejutan yang tak pernah kita jangkakan. Dalam hidup ini siapapun pasti inginkan kebahgiaan. Mengharapkan hidupnya sentiasa mendapat nasib baik. Tetapi ingat satu hal, hidup ini tidak lari dari ujian dari ALLAH.
Imam al-Bukhari merekodkan satu riwayat yang bersumber daripada Abu Sa'id Khudri RA dan Abu Hurairah RA; bahawa Nabi SAW bersabda, "Tidaklah menimpa seseorang Muslim sama ada letih, sakit, kerisauan, kesedihan, kesusahan atau kebimbangan bahkan tusukan duri sekali pun melainkan Allah SWT akan menjadikan semua itu sebagai kifarah kepada dosa-dosanya."
Abu Hurairah RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Bagi setiap seorang hamba ada martabat yang tertentu di sisi Alah SWT dan apabila hamba itu tidak dapat mencapai martabat itu dengan amalannya, maka Allah SWT akan terus mengujinya dengan perkara yang tidak disenanginya (seperti sakit, susah dan sebagainya) supaya dengan perantaraan perkara yang tidak disenanginya itu dia dapat mencapai martabat berkenaan." (Hadis Riwayat Abu Ya'la)
Allah uji Allah sayang.
Tapi hati kecil kita degil sering bertanya-tanya tanpa henti.
Memberontak sendiri dengan pertanyaan demi pertanyaan. Kenapa ? Mengapa ? Apa dan sebagainya. Mahukan jawapan yang instant.
Maka pujuklah hati,
Untuk selalu bersabar dan temani dengan zikirullah.
Dalam dunia ini bukan semua pekara yang boleh kita dapatkan dengan begitu sahaja. Segala yang senang untuk kita dapatkan biasanya kita tak hargai. Malah kadangkala di saat kita diambang kehilangan barulah bertatih-tatih mengharapkan ia kembali.
(iklan) Nak cari jodoh jom daftar di sini --> cari jodoh
Terutama soal jodoh, Jangan membiarkan hati kita "Koyak" soal jodoh dan ada hal yang harus kita berjanji pada diri kita sendiri.
Pertama, Tidak mengejar seseorang yang telah pergi darimu. Walaupun hati terlalu sayang, jangan biarkan hati kita terluka berkali-kali. Jangan kita menjadi orang yang terhegeh-hegeh menagih simpati dari orang seperti itu.
Kedua, Tidak mengharapkan seseorang yang tidak pernah menginginkanmu. Sudahlah, dia tak suka kita. Ikhlaskan. Andai dia jodoh kita pasti bersatu andai bukan pasti ada yang lebih bai, Percaya dengan ALLAH.
Ketiga, Tidak mencintai seseorang yang cintanya bukan untukmu. Kerana soal hati tak boleh dipaksa, walaupun pelbagai cara kita lakukan. Hal terpaksa lama-lama akan menjadi barah dalam hidup kita.
Bebaskan diri kamu dari segala bentuk kekecewaan dan sakit hati.
Kita juga berhak bahagia.
Bahagia itu pilihan kita.
Make it right choice.
0 Ulasan